MEMANG agak pelik apabila mengetahui ada golongan wanita yang begitu berminat dengan ikan hiasanapatah lagi ikan itu pula adalah dari spesies BettaSplenden atau lebih dikenali sebagai ikan laga. Namun bagi Mariyati Abdullah, 54, dunia ikan hiasan bukan hak mutlak lelaki semata-mata malah beliau membuktikan lebih jauh lagi apabila menukarkan minatnya itu kepada sebuah perniagaan yang menguntungkan.
Membuka cerita ketika berkunjung ke kediamannya yang turut dijadikan kawasan penternakan ikan laga, Mariyati berkata, segala-galanya bermula daripada hobinya yang gemar membela ikan laga di rumah seperti kebanyakan orang. Hobinya itu juga telah mendorong beliau membeli lima pasang ikan laga dari Thailand yang kemudiannya membuka jalan kepadanya untuk menceburi dunia perniagaan dengan lebih serius. Baka-baka ikan yang dibeli ketika itu terdiri daripada varieti halfmoon, crown tail, short tail, double tail dan fighting fish selain spesies ikan laga liar. Tanpa diduga ikan laga yang dibelinya itu membiak dengan pantas dalam masa yang cukup singkat memaksanya membina kawasan penternakan yang berasingan dan lebih besar di sebelah rumahnya.
Melihat kepada sambutan orang ramai serta menerusi bantuan seorang rakan yang sanggup menjadi pengedar, Mariyati kemudiannya tekad menukar hobinya itu kepada cabang perniagaan dan mengusahakan penternakannya bersungguh-sungguh sehingga pernah mencapai 10,000 ekor dalam satu-satu masa. “Menariknya mengenai penternakan ikan laga ialah, ia sentiasa mendapat sambutan di kalangan orang ramai selain tidak ramai pengusaha yang benar-benar mengusahakannya untuk tujuan pasaran,’’ ujarnya.
Namun beliau mengakui, penjagaan ikan laga ini agak rumit dan cerewet terutamanya dari segi penjagaan air dan makanan yang merupakan dua aspek penting dalam memastikan peratus hidup anak-anak ikan laga tinggi. Air misalnya perlu digantikan dua hari sekali manakala makanan pula perlu diberikan sebanyak dua kali sehari. Selain dipastikan kandungan air yang tidak terlalu banyak, ia juga perlu bebas daripada klorin sama ada menggunakan teknologi penapis atau ubat anti klorin yang boleh didapati di pasaran. Sekiranya menggunakan air paip biasa pula, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 hari sebelum boleh digunakan.
Makanan pula diberikan pada sebelah pagi dan petang sama ada cacing merah atau jentik-jentik dan beliau sendiri turut menghasilkan cacing merah sendiri menggunakan kaedah yang dipelajari dari seorang rakan. “Cacing merah ini juga boleh didapati di mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga. “Bagaimanapun, saya tidak menggalakkan ikan laga diberi makan pallet kerana ia boleh menjejaskan kualiti air,’’ katanya. Ikan laga tambah Mariyati, mampu membesar sehingga lima inci dengan jangka hayat hidup selama kira-kira dua tahun.
Ikan laga jantan lebih cantik dan lebih besar daripada betina dan kebiasaannya proses mengawan akan berlaku sebaik ikan laga mencapai umur kira-kira tiga bulan. Untuk tujuan mengawan, ikan laga jantan dan betina akan diletakkan di dalam bekas yang sama selama kira-kira dua hingga tiga hari dan proses mengawan dipastikan berlaku apabila ikan laga betina menjauhkan diri dari ikan laga jantan. Ketika ini, ikan laga betina akan diasingkan dan ikan laga jantan akan dibiarkan menjaga telur-telur ikan tersebut di dalam buihnya sehingga menetas iaitu kira-kira beberapa hari kemudiannya. Sebaik menetas anak-anak ikan itu yang berjumlah beratus-ratus ekor akan diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan jantan dewasa dan diletakkan di dalam bekas yang lebih besar.
Menurut Mariyati, ikan laga mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran kecantikan dan keunikan warna serta corak yang terlukis pada sayapnya dan harganya semakin tinggi sekiranya kedua-dua faktor tersebut semakin terserlah. Sayap ikan laga itu juga semakin menghampiri bentuk separuh bulan iaitu seperti kipas yang sangat cantik pada usia dua setengah bulan sehingga empat bulan iaitu tempoh yang paling cantik dan ditunggu oleh peminatnya.
Berdasarkan pengalamannya, beliau pernah menjual seekor ikan laga pada harga RM250 iaitu gred terbaik manakala ikan laga pada harga pertengahan pula mencecah sehingga RM100 hingga RM200. Bagaimanapun, pasaran ikan laga yang dikeluarkan oleh Mariyati lebih menjurus kepada peringkat penggemar biasa iaitu pada harga kira-kira RM30 dan ke bawah. Ketika ini juga, jualan ikan laganya dalam seekor mencecah sehingga 3,000 hingga 4,000 ekor dan dijual secara kontrak dengan pengedar untuk di pasarkan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Malah, kawasan penternakannya juga tidak pernah sunyi dikunjungi oleh penggemar ikan laga yang datang dari setiap pelosok negeri untuk memilih sendiri ikan laga yang dihajati.
Selain menjalankan projek penternakan ikan laga sendiri, Mariyati turut mengambil upah membela ikan-ikan laga daripada individu lain seperti ikan laga liar yang baru sahaja diambil semula oleh tuan punya. Upah yang diperoleh daripada membela ikan laga ini juga tidak kurang lumayannya dan pernah mencecah sehingga RM600 hanya untuk tempoh beberapa bulan.
Sebagai perancangan masa depan, Mariyati bercadang untuk mendapatkan sebidang tanah dengan kerjasama Jabatan Perikanan bagi meluaskan lagi projek penternakan ikan hiasannya. “Sekiranya tiada halangan, kawasan baru itu nanti akan dibina berkonsepkan pameran dalam taman yang mana selain datang membeli ikan laga, pengunjung juga dapat melihat dengan lebih dekat kecantikan dan keunikan ikan laga ini,’’ katanya. Malah, beliau juga yakin cita-citanya itu mampu dicapai apatah lagi dengan bantuan daripada Jabatan Perikanan dari segi penyediaan infrastruktur serta galakan yang diberikan supaya projeknya mampu dijadikan contoh dan rujukan kepada penternak baru.
Februari 4, 2008 at 11:34 pm
assalamualaikum.
boleh saya tahu di mana ladang puan mariyati?
amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut
September 29, 2009 at 1:52 pm
katmane alamat nye, blh saya tahu, TQ.
Februari 5, 2008 at 8:24 am
waa.. syia pun nak tahu gak kat mana tempatnye ni?
Februari 5, 2008 at 8:48 pm
Salam..
Saya pun tak tahu alamatnya yg tepat..Ini adalah sumber dari petikan akhbar Utusan Malaysia. Tapi akhbar ada menyatakan sekitar Rawang, Selangor.
Februari 6, 2008 at 3:34 pm
saya berminat untuk melawat ke ladang ternakan . kat mana ladang ternakan Puan Mariyati?
Februari 18, 2008 at 1:01 pm
boleh saya tahu kat mane ladang puan?
saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang betta & berminat nak join rancangan puan.
Februari 21, 2008 at 2:33 pm
saya berminat untuk melawat ke tempat puan Mariyati. boleh saya dapatkan alalamt ladang dan num telefon untuk lawatan ke ladang?
Februari 24, 2008 at 11:36 pm
senangnya kalu Puan Mariyati ni dok baca blog ni…tak payah le saya susah2 dok cari contact no dia…hehehe
Mac 19, 2008 at 10:59 am
kalau boleh saya ingin tahu di mana lokasi tempat Puan pelihara…
Mac 19, 2008 at 11:06 am
puan saya nk belajar cara membiak cacing dengan puan…….
Julai 17, 2010 at 12:35 pm
HANG AMIN MANA ?
Mac 19, 2008 at 3:31 pm
Boleh semak setiap hari stok ikan laga Halfmoon pilihan anda di
http://www.freewebs.com/bettashop/stokikanlaga.htm
Mac 24, 2008 at 11:34 pm
saya sangat berminat dgn ikan-ikan ni..macam mana sy nak dapatkan baka ikan ni, dimana ladang puan
Julai 17, 2010 at 12:34 pm
hang siapa bagi alamat rumah dulu ,baru boleh hantar imail…..
Jun 16, 2008 at 2:12 pm
Dimanakah saya boleh ikan laga berkuality and dimana ?? atau kedudukan ladang ternakan ??
Julai 17, 2008 at 4:19 pm
salam.
saya mula minat bela ikan2 ni sejak kecil lagi.
tapi bila dah bekerja makan gaji ni minat nak meniaga ikan
hiasan ni meluap2 plak. yelah gaji bukan besar mana pun.
boleh tak akak bagitau kat mana kolam ikan laga akak ni?
saya minat sungguh dgn ikan hiasan ni
tq
September 24, 2008 at 9:47 am
salam..
saya nak tahu bagaimana untuk memelihara ikan laga dan cara untuk membiakkannya kalau puan tidak keberatan…
saya minat memelihara ikan laga sejak kecil dan tertanya-tanya bagaimana untuk membiakkan nya..
terima kasih
September 26, 2008 at 3:12 pm
diharap akak dapat memberi alamat kedai ikan akak..
dan saya juga ingin tahu cara menternak ikan laga..
pernah gak saya cuba dulu..
tapi bila dah jadi ank byk ug mati..
tak sempat pun nk jdi besar batang mancis..
September 30, 2008 at 1:56 am
Terima kasih kepada tuan punya blog ni kerana tidak kedekut ilmu. Semoga Tuhan akan memberi rezeki kepada anda berlipat kali ganda lagi.
Industri ikan laga ini menarik minat saya untuk mencuba.
September 30, 2008 at 11:53 pm
Salam…
Saya berminat membela & menternak ikan pelaga. Sekarang ni saya ade membela 4 ekor ikan pelaga, 2 ekor jantan & 2 ekor betina. Saya ingin tau cara membiakkan ikan pelaga ini. Boleh saya tau dimana ladang puan, saya ingin melihat dgn lebih dkat pelbagai jenis ikan pelaga & mempelajari cara membiakkannya.
Oktober 27, 2008 at 9:48 am
sy ucapkan semoga akak berjaya dan seterusnya menjadi penternak ikan yang berjaya. orang lain dah lama buat kerja macam ini, syabas untuk akak, teruskan..
anyway beri saya tip sikit nak bezakan ikan jantan dengan ikan betina. saya memang berminat dengan ikan laga ni semasa masih duduk kampung lagi, masa tu parit tak kotor lagi ikan pun banyak tapi sekarang saya kena beli kat kedai ikan tu pun kena beli jantan dulu sebab yang jantan banyak dan nak yang betina kena order dulu dan tunggu lagi.
November 12, 2008 at 2:14 pm
saya telah membaca mengenai ladang puan, boleh bagi tau alamat tempat puan membuka ladang peliharaan kerana saya ingin melawat sambil belajar mengenai ikan ini…
Disember 2, 2008 at 7:57 pm
sy n aiman pn nk plera gak,kte org mude,perlu dberi pluang.sy ade 1halfmoon dari thai,1double dari singapore,14eko halfmoon semua jantan.1eko halfmoon,4eko plakat
Disember 9, 2008 at 8:38 pm
nak tanya puan maryati..
saya ni kira baru je minat nak ternak ikan laga ni. Tetapi.. saya kurang tahu mengenai bagaimana nak jaga n ternak ikan laga ni.. kalau tak kebaratan, saya mohon tunjuk ajar dari puan.. terima kasih
Disember 21, 2008 at 9:44 am
slm kak…
tahniah coz berjaya menjadi breeder bettas yg mungkin menjadi contoh kepada breder bumiputra… kak maryati ade website ke?
mane tau bleh order betta dlm internet? kolam dimana?
Januari 15, 2009 at 2:56 pm
Sesiapa yang hendak mempelajari teknik-teknik penjagaan, pembiakan, penyakit, membeli, dsb mengenai ikan laga boleh melayari forum BM di laman web ini http://www.bettasocietymalaysia.com.my/forum/.
Januari 20, 2009 at 4:08 pm
ingin belajar cara2 bela cacing dan cara2 bela ikan halfmoon
Februari 6, 2009 at 3:43 pm
sye pernah bela ikan laga…. paling maxsimum pnah bela sampai 9 ekor.. cara pembiakan ikan laga sya tahu….tapi..tapi.. bila ank ikan laga dah menetas sya xtau nk kasi mkan ape… kak bley bantu x??????
Februari 15, 2009 at 4:26 pm
saya pn bercadang hendak menternak ikan laga ni dgn jumlah yang lebih besar tapi…. takut tak menjadi sebb tak tahu cara hendah menjaga anak ikan laga ni dengan cara yg betul….nanti tak sempat besar dah mati..
Februari 25, 2009 at 7:21 am
mana yang perlu didahulukan. Kerja gaji,kerja perniagaan ikan hiasan atau perniagaan uasahawan
Mac 4, 2009 at 11:46 pm
anak laga sy br menetas hari ni dh 4hr..sy bagi makan telur kuning dan frozen worm.
Bagaimana pula perjagaan air, sy lihat air sudah mulai kotor boleh ker sy tukar airnya dan sy ingin tahu perjagaan selajutnya.
Mac 5, 2009 at 10:20 am
Salam… kalau gitu saye pun berminat nak gi ladang puan mariati… tentu best..
Mac 12, 2009 at 12:25 am
salam,saya minat nak biakkan ikan laga@ cupang tapi x tahu yng mana betina & yng mana jantan
Mac 19, 2009 at 12:24 am
akak saya dari kedah, boleh saya nak dapatkan induk ikan laga daripada akak
Mac 26, 2009 at 1:36 pm
akak x buat ker kursus untuk ikan laga. saya amat berminat nak menyertai ternak ikan laga. kalo ada akak siarlah dlm internet, saya rasa ramai yang akan sertainya.
April 7, 2009 at 2:42 pm
akak,saya dari kedah & peminat ikan laga.bleh tak bagitau cara penjagaan ikan ini.setiap kali saya bela selang 2,3 bulan mesti dia akan mati. kenapa ye??saya teringin nak dapatkan benih3 dari akak….
April 18, 2009 at 5:11 pm
ala xsusah nak buat benih ikan laga ni…
tengok kat laman web banyak cara² nak breed dia..
konfem jadi.. aku dah try..
skang dah banyak ikan…
tapi xwat secara komersial lagi.. suka2 ja..hobi..
kalau naktau cara email aku kat deadsmileyface88@yahoo.com
April 27, 2009 at 10:42 pm
apakah ciri ciri tempat yang mempunyai ikan laga ini.
Mei 16, 2009 at 12:28 am
salam…
sy berminat dgn akak pny hobi..dimana sy penjual ikan laga di kg baru kuala lumpur..
sy berminat sekiranya akak boleh supply kepada sy..
boleh saya tahu di mana lokasi akak…
kuantiti sy perlukan setiap minggu dalam 1000 ke 2000…
plz mail me…
Jun 10, 2009 at 11:22 pm
aslam sy brminat dgn akak punya hobi..sy brumur 13 tahun..dah bnyk ikan sy pelihararnya..tpi sy ttap suka ikan laga..ndak tau ni knapa..bolh tak akak beri sy tips2 hndak membiakkan ikan laga dan cara menjaga anaknya supaya x mati tanpa sebab dan jgn lupa mcm rupa ikan laga betina yg sht……………..
Jun 15, 2009 at 2:04 pm
salam..puan..saya baru berjinak-jinak dengan dunia betta..harap puan dapat beri tunjuk ajar tentang aspek-aspek yang perlu ditekankan tentang penjagaan dan bisnes betta ini..harap dapat kerjasama dari pihak puan
Jun 15, 2009 at 4:45 pm
salam..puan..saya berminat untuk menjalankan bisnes ikan laga atau betta ini..juster saya harapkan bantuan dari pihak puan mengai tips2 untuk mengusahakan bisnes ini..diharap dapat bantuan dari pihak puan..tq
Jun 22, 2009 at 1:42 am
bagaimana cara nak tentukan sama ada ikan tu jantan atau betina.???
Ogos 22, 2009 at 8:57 am
Kasi tau cara memelihara ikan laga katong
Ogos 24, 2009 at 1:59 pm
di mana tempat puan mariyati menternak ikan laga tersebut?blh beri alamat x?
September 9, 2009 at 4:41 am
saya ada menjual ikan laga yang berbaka baik. untuk tujuan peliharaan atau laga.
harga dari rm100 -rm200
telefon untuk pertanyaan atau temujanji
0123009059
September 17, 2009 at 12:45 pm
thaniah kepada mak cik !!!sya juga salah satu peminat ikan laga!!!sya juga telah berjaya menhasihkan benih ikan laga !!!! dengan maklumat yg diberi di net@@@@ tgerima kasih!!!!jason dari australia !!!!!
Oktober 7, 2009 at 3:24 pm
Macam mana pembiakan ikan laga.
Oktober 16, 2009 at 5:42 pm
macam mana boleh dapat benih ikan laga dari puan?
November 25, 2009 at 6:28 pm
Saya ingin tahu alamat Puan dan waktu berniaga puan.
Terima kasih
Disember 7, 2009 at 11:30 am
Bagaimana saya nak dpt ikan betina..boleh puan bekalkan kat saya..Dimana ladang puan…?
Disember 11, 2009 at 10:17 pm
akum… bleh saya tahu bila umur akak membuka perniagaan ?
Disember 21, 2009 at 9:33 pm
salam….bole britahu dimana perniagaan mak cik??adakah mkanan cacing merah akan menambahkan kecaantikan ikan tersebut???
Disember 23, 2009 at 6:32 pm
macam mana nak jaga anak iakan pelaga
Januari 7, 2010 at 2:45 pm
salam akak,tempat akak ni kat rawang belah mane?
g thu ar alamat..nk jumpe akak laa..
minat sangt nii pasal ikan laga.
tgh cari stok lagi,,,skngg pun tgh berusaha ternak ikan laga..biasenyee jantan haflmoon betine yg murah je..leh akak reply msg ni
tak pun msg sye ,nnti sye call,saye area kundang jaya.012662239
Januari 9, 2010 at 10:51 am
assalamualaikum…
boleh saya tahu di mana ladang puan mariyati?
saya ingin tahu cara untuk membiak ikan laga…
Januari 9, 2010 at 10:52 am
saya nak tahu macam mana nak bela anak ikan ?????
Januari 17, 2010 at 12:00 am
salam aakak, tak msg ke? ni sy serius nk beli ikan akak ni..sye ade kedai ikan..so mcm mne nk contact akak???
adib-0122662239
Januari 21, 2010 at 10:57 am
salam selamat pagi 1 malaysia..
akak oh akak …
mcm mane nak deal meniaga ngn akak ni
Januari 25, 2010 at 3:26 pm
mahu pilihara mcm mana kian ni
Januari 25, 2010 at 3:27 pm
mahu pilihara mcm mana ikan
ni
Februari 7, 2010 at 6:01 pm
boleh saya tahu macam mana ciri-ciri ikan jantan n betina dengan lebih spesifik???
Februari 9, 2010 at 1:29 pm
ok da jumpe da..nk datag ni.
Februari 11, 2010 at 4:51 pm
saya berminat dengan ternakan ikan pelaga ini tetapi tentang pasaran tu sy tak ade macam mane ekkk………
Mac 3, 2010 at 10:16 pm
saya hendak tahu mn nak dapatkan green water dan makanan anak ikan laga
Mac 12, 2010 at 1:31 pm
assalamualaikum kak maryati saya ni pengemar sangat2 dengan ikan laga. boleh tak kak maryati cakap berapa harga ikan laga betina kak maryati yang paling murah dan kat mana kak maryati berniaga.
Mac 12, 2010 at 1:37 pm
harap harap kak maryati baca mesej saya
Mac 13, 2010 at 4:57 pm
Assalamualaikum semua,terlebih dahulu saya memohon ribuan maaf kerana tidak pun menyedari ada ramai yang tercari-cari serta ingin tahu tentang perusahaan ternakan ikan laga halfmoon saya sehinggalah hari ini dimana dgn secara tidak sengaja ‘terserempak’ dengan laman blog en harizamrry ini.
Saya rasa agak terharu bila melihat sejak dari tahun 2008 lagi banyak yang bertanya itu ini berkenaan ikan2 ini tapi tiada jawapan. Maafkan saya sekali lagi kerana tidak mengetahuinya. Ya, saya tahu banyak juga tentang selok belok industri ini. Ceritanya panjang, pertanyaan yang saya terima juga banyak,beri saya sedikit masa untuk fikirkan cara mana paling sesuai untuk saya penuhi berbagai permintaan yg diajukan. juga, terima kasih banyak2 pada en harizamrry, penulis blog ini kerana punyai semangat menyokong anak bangsa sendiri dalam bidang pertanian ini. InsyaAllah, jumpa lagi.
Mac 20, 2010 at 10:26 pm
dimana lokasi tempat pembiakan ikan laga akak usahakan? kami sekawan berhajat ingin berkunjung kesana. kami ingin mengetahui dgn lebih lanjut tentang cara-cara pembiakan ikan laga.
Mac 26, 2010 at 3:42 pm
makanan ape yg boleh diberikan untuk anak ikan laga yang baru menetas sebaik- baiknya yang senang untuk dicari .
April 6, 2010 at 8:36 pm
saya juga berminat dengan ikan laga ni,kalau boleh nak komersialkan kalau dah pandai nak biak dan bela.
sapa sapa yang berminat nak join bisnes nanti boleh ar kontek no saya di 019-5959292(saiful)
Disember 1, 2010 at 10:06 pm
usia kamu brape??
April 6, 2010 at 8:38 pm
saya ni tak berapa reti nak e mail atau facebook2 ni… harap sapa yang nak join contact je no saya di atas..TQ
Mei 16, 2010 at 9:25 pm
puan,blh i tanya sikit,macam mana nak tahu,buih itu sudah bertelur.??? dan apabilla anak sudah menetas,apa makanan yg perlu bagi kepada anak ikan ini.??? terima kasih…
Mei 24, 2010 at 12:08 pm
saya ingin membeli ikan laga dengan puan.bagaimana saya nak hubungi puan..saya berada di sabah..untuk pengetahuan puan saya ingin baka ikan laga yang jarang-jarang ditemui,warna hitam keseluruhan plakat silver,hijau dan kuning…puan ada plakat betina tak yang ingin d jual..
Jun 3, 2010 at 9:25 pm
sy nak tanya…kalau anak baru menetas,nak bg makan ape?
Jun 13, 2010 at 9:41 pm
Salam… Puan…Mariyati.. Bole saya tahu kat maner tempat Puan menternak ikan tu.. sebab saya memang berminat dgn ikan laga dan cara utk membiakkan nyer..
Jun 16, 2010 at 10:38 pm
nak hubungi unyuk beli ikan laga
Jun 20, 2010 at 6:23 pm
sesiapa minat nak tengok tempat biak jomke rumah saya di wakaf che yeh .mesej dulu ke no 014 -5454348 nanti alamat saya bagitahu..
Julai 5, 2010 at 10:00 pm
rmah demo mno ek??kawe duk aroh tame guru nh..
Jun 21, 2010 at 4:51 pm
bole saya dapat alamat tempat akak bela ikan ni x?
Jun 25, 2010 at 11:04 am
assalamualaikum kak mariyati..
saya nk thu bape lama proses penetasan telur iakn tu dan mcm mn nk bg warna kulit ikan tu berwarna-warni..
sbbnye ikan sy tu warna sama shja..
itu saja lah yg sy ingn thu dari kak mariyati…
sekian…
Julai 5, 2010 at 9:57 pm
anak ikan laga yg bru menetas ptut bg makan apa??harap ka maryati dpt bls komen ini dgn segera..
Disember 1, 2010 at 10:04 pm
saya pun nak tahu juga..
Julai 11, 2010 at 6:40 am
saya ada dua pasang ikanlaga…
1) pasangan yg pertama tu da bertelur dan dah menetas pon anaknya semalam… betina saya da asingkan dari akuarium… dan yg jantan perlu ke diasingkan juga selepas 2 hari anak ikan tu menetas???
2) pasangn yg kedua tu saya tengok da mengawan.. tapi bila si betina tu dah bertelur yg jantan tu plak makan.. kenapa ye??? yg jantan dia x buat buih pon.. heran saya?? boleh tolong bg tau???
September 26, 2010 at 1:32 am
bnda ni aku pon nk taw..
Julai 11, 2010 at 4:11 pm
Kak mariyati, bgtau alamat ngan bile bole datang bole?
Julai 24, 2010 at 4:59 pm
salam.. leh sy tau ladang kak mariyati dmana? sy nak tau mkanan ape yg sesuai tuk fry(ank ikan laga) yg berumur shari-sminggu?
Ogos 19, 2010 at 12:56 pm
salam,
makcik, boleh ke saya tau camne nk membiakkan ikan laga ni???
saya minat sgt ngn ikan laga nii tp x tau sgt cara nk membiakkan..itu pon klo makcik sudi beritahu…
wassalam.
Ogos 24, 2010 at 8:56 am
boleh kasi makan Nyamuk ker?
September 26, 2010 at 12:55 am
salam..akak jika ikan 2 dh btelur dan mntas,brpa lama ikan jntan 2 tu nk jaga ank dia akak…?
September 26, 2010 at 1:30 am
akak ksi no fon..
Oktober 7, 2010 at 1:36 am
Tolong bagi nombor telefon, saya seorang pengila beta. tq
Oktober 12, 2010 at 12:58 pm
salam…akak kat mane area ladang akak…sye nie bru jerk start plihara ikan betta nie..kat umah ade 4 jenis 1-halfmoon supe delta..1-halfmoon..1-black short tail plakat..1-crown tail…sye mmg minat care2 nak membiak ikan betta nih…tlg eh.
Oktober 22, 2010 at 6:44 pm
tolong paparkan beberapa gambar ikan laga…
November 6, 2010 at 12:07 am
anak ikan yang dalam1 minggu menetas ,makan apakah yg sesuai d ber untuk ank ikan mkn
November 7, 2010 at 8:21 am
kak sye dah tau cam na nak membiakan ikan laga ni tapi sya nak tempah ikan laga blh tak
Disember 1, 2010 at 10:03 pm
assalammualaikum…bleh saya tahu anak ikan laga yg baru menetas perlu ditukar ke dalam bekas lain secara berasingan atau diletakkan secara beramai-ramai???
Disember 11, 2010 at 12:13 am
salam kak…. ladang ternakkan ni kat mana yea..
saya tgh cari ikan laga nie nak beli borong
( rege yg dlm rm30 ke bwh je ) nak buat jual kat kedai saya…blh sms saya tak 0196157659.
Disember 12, 2010 at 3:47 pm
terima kasih pada cik koyub semalam 11.12.2010 pasal bagi tip tip cara bela ikan laga dll…thankssss sesangat….