Cekal dan menghayati kerja memelihara serangga diamalkan Omar untuk terus kekal sebagai pembekal secara komersial
BAGAN DATOH: Walaupun terdedah kepada sengatannya yang berbisa tetapi madunya yang penuh berkhasiat tidak menghalang 0mar 0sman, 64, terus setia sebagai pengusaha madu lebah sejak 22 tahun lalu.
Pada peringkat awalnya, beliau hanya mempunyai 30 peti tempat pemeliharaan lebah, tetapi sekarang bertambah kepada 100 peti dan beroperasi di kawasan kebun kelapa sekeliling rumahnya seluas 2.4 hektar di Kampung Tebuk Imam, Tasir Selekoh dekat sini.
0mar adalah antara 700 pengusaha lebah madu di Perak yang mula mengusahakannya sejak 1986 tetapi hingga sekarang hanya tiga pengusaha saja kekal dengan kerjaya itu.
Dua lagi pengusaha itu masing-masing tinggal di Kampung Sungai Ular/Sungai Betul dan Kampung Tebuk Imam, Tasir Baruh mukim Rungkup.
“Hanya kami bertiga saja yang terus kekal dengan kerja ini selepas melalui kursus asas dan kursus lanjutan,” katanya di ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
0mar berkata, kecekalan dan penghayatan yang serius dalam kerjaya ini menjadi syarat mutlak untuk berjaya sebagai pengusaha lebah madu.
“Kami mendapat bimbingan dan khidmat nasihat serta bekalan lebah daripada Jabatan Pertanian Daerah Hilir Perak (PPDHPk).
“Saya tertarik hati menjalankan perusahaan ini kerana mendapati kawasan kebun kelapa sekeliling rumah saya sesuai untuk ternakan serangga ini,” katanya yang dibekalkan lebah jenis cerana yang banyak mengeluarkan madu.
Malah, di sekeliling rumahnya turut ditanam pokok belimbing, kelapa, koko, pisang, jambu, gelam, bunga pengantin dan pokok kembang pagi yang menjadi sumber makanan lebahnya.
0mar berkata, setiap peti mempunyai antara 800 hingga 1,500 ekor lebah termasuk 300 ekor lebah betina, sementara selebihnya terdiri daripada lebah jantan yang berfungsi sebagai pengawan ratu, pengeluar madu, pengawal ratu dan lebah yang bekerja membuat sarang.
Katanya, setiap peti boleh mengeluarkan madu dalam tempoh sebulan antara 500 hingga 700 gram yang beroperasi dalam sarangnya dikenali sebagai `glodok’.
“Glodok dimasukkan ke dalam mesin bagi mengeluarkan madunya dan selepas itu ia disimpan semula dalam peti untuk operasi pengeluaran pada bulan berikutnya,” katanya.
Beliau berkata, antara khasiat madu lebah ialah boleh mengubati sakit lelah, kencing manis, lemah otot, lenguh badan, selain istimewa bagi wanita yang bersalin kerana memberi tenaga.
0mar yang dibantu isterinya Zabedah Shariff, 56, menghasilkan kira-kira 30 kilogram manisan sebulan dalam dua jenis iaitu Lebah Madu Tani untuk 250 gram yang dijual pada harga RM12 sebotol, Lebah Madu Ginseng yang bercampur dengan 108 jenis rempah ratus berukuran 500 gram dijual dengan harga RM28 sebotol.
Beliau memperoleh pendapatan antara RM1,500 hingga RM1,800 sebulan hasil jualan madu lebah.
“Semua urusan pasaran saya serahkan kepada Jabatan Pertanian Daerah Hilir Perak, selain tujuh pengedar yang saya lantik bergerak di Lembah Klang dan Lembah Kinta,” katanya.
0mar yang sering kali menyertai pelbagai pameran ekspo pertanian dan perdagangan peringkat negeri dan kebangsaan berkata, beliau belum bercadang menggunakan peralatan canggih untuk memproses madu lebah.
“Saya berasa lebih selesa mengeluarkan madu lebah mengikut cara tradisional kerana ia lebih asli selain menguji ketabahan dan kecekalan kerana kerjaya ini memerlukan banyak kesabaran.
“Saya bersedia memberi khidmat bimbingan kepada mereka yang berminat menjadi pengusaha lebah madu,” katanya yang boleh dihubungi menerusi telefon 05-6488928.
Julai 30, 2008 at 10:00 am
sy pljr tahun 1 d unversiti pertahanan nasional malaysia kem sg besi.sy sgt minat dlm keusahawanan terutamanya dlm penternakan lebah krn myai potensi dlm mrkt.justeru sy ingin mnt nsht drpd phk tuan bgimn nak mjdi usahawan penternkan lebh.sy hrp dpt mberi tips.wassalam
Oktober 28, 2008 at 4:51 pm
saya ingin belajar lebih lanjut tentang penternakan lebih. saya ingin jadkan lebih yang saya ternak untuk medium pendebungaan untuk tanaman saya. apa yang penting bagaimana saya ingin menarik lebah2 ini untuk masuk ke tempat yang saya sediakan tanpa membeli ratu. saya harap tuan dapat membantu
Mac 1, 2009 at 5:48 pm
hi semua….saya ada petua bagaimana memerangkap lebah liar….saya ada menternak lebah tapi cuma dibelakang rumah…dengan keluasan 10 kaki X 30 kaki..saya boleh menempatkan rumah lebah sebanyak 60 buah..nak tahu apa kaedahnya… hubungi saya….
matboypower@yahoo.com
Mei 17, 2009 at 7:55 pm
salam,dimana lokasi tuan saya di kuala kangsar perak.berapa kos kotak,cara penjagaan,bagaimana mendapatkan ratu lebah tolong bagikan panduan untuk ternak lebah.tq
Mei 16, 2009 at 6:33 pm
tuan,,,saya ingin mendapatkan bekalan kotak/koloni lebah,,,bagaimana cara nya
Ogos 12, 2009 at 11:42 am
encik,beri tunjuk ajar bagaimana nak memulakan perusahaan ini.
November 23, 2009 at 11:19 am
assalamualaikum.
saya dari pejabat pembangunan negeri ingin bertanyakan sesuatu tentang penternakan lebah madu.
saya harap pihak tuan dapat memberikan nombor hubungan untuk saya hubungi dan bertanyakan soalan..
kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.