ART Soulist Agrotech Sdn. Bhd. (ASAS) memberi harapan baru kepada para petani dan peladang di negara ini apabila ia memperkenalkan ‘kupon subsidi’ bernilai RM200 dengan potongan harga hampir 30 peratus untuk pembaca Utusan Malaysia, hari ini.

Untuk mendapat diskaun itu, selain daripada membawa keratan kupon diskaun, pembaca perlu membeli lima unit produk baja keluaran ASAS iaitu baja Agrovermi Granul, Agrovermi Foliar dan Agrovermi Pluss.

Baja kompos atau organik ini diformulasikan seratus peratus daripada tinja cacing tanah spesies

Lumbricus rubellus dan dikilangkan di Malaysia dalam bentuk perusahaan berskala besar.

Berdasarkan kepada statistik harga baja pasaran domestik dan dunia yang semakin meningkat, ASAS merasakan perlu untuk menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan memberi sumbangan dan bantuan kepada para petani tempatan yang kian terhimpit dengan masalah kenaikan harga minyak dan sumber asas yang lain.

Hasrat ini telah mencapai kata putus oleh Pengarah Eksekutif ASAS, Asmadi Awang yang mengamalkan konsep ‘Bantu Petani Tingkatkan Hasil.’

Murah

Usaha syarikat itu selaras saranan kerajaan yang mahu menukarkan penggunaan baja kimia kepada baja organik menjelang 2010 berikutan kos penghasilannya yang lebih murah dan tidak mencemarkan alam sekitar.

‘Kupon Subsidi’ hanya boleh didapati hanya di dalam akhbar Utusan Malaysia sahaja.

Petani dan peladang yang mempunyai “kupon subsidi” tersebut layak mendapat diskaun sebanyak RM200 dengan setiap pembelian lima unit Baja Agrovermi Granul (25 kg) dan baja Agrovermi Foliar (4 liter).

Lima unit baja Agrovermi Granul bernilai RM750 dan petani hanya perlu membayar RM550 dengan kupon diskaun ini . Bagi baja Foliar pula, lima unitnya berharga RM850 dan pembawa kupon diskaun hanya perlu membayar RM650.

Bagaimanapun, seorang pembeli hanya layak mendapat sekali sahaja diskaun itu.

Petani yang layak untuk mendapatkan inisiatif ini adalah daripada golongan pengusaha padi, kelapa sawit, tanaman sayuran, lada, getah, jagung, pengusaha landskap dan keutamaan akan diberikan kepada petani luar bandar.

Bagi pesawah padi misalnya, mereka hanya memperoleh hasil sebanyak tujuh tan metrik sehektar jika menggunakan baja biasa, tetapi dengan penggunaan baja cacing tanah (vermikompos) , mereka mampu memperoleh hasil sehingga 10 tan metrik.

Ia dihasilkan khas sebagai pemakanan seimbang bagi semua jenis tanaman sama ada di tapak semaian, bunga-bungaan, hiasan dan anak benih, tanaman kebun ataupun industri perladangan.

Penggunaan secara berterusan memberi kesan kesuburan yang sangat ketara pada tanaman, menambah kuantiti dan kualiti di samping dapat mengurangkan pencemaran dan mesra alam.

Kesemua produk yang dikeluarkan oleh ASAS telah dianalisis oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan terbukti menepati spesifikasi yang dilabelkan dan telah digunakan oleh ramai pengusaha petani di negara ini sejak dua tahun lalu.

Apa yang menarik daripada produk tersebut, ia bukan sahaja dapat merangsang pertumbuhan tanaman malah ia juga mengandungi NPK yang mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, elemen surih, mikrob berfaedah nitro dan phoshobactors, asid humic/fulvic, pH neutral serta penggalak pertumbuhan buah dan lain-lain.

Melalui skim kontrak perladangan, ASAS telah mempunyai hampir 500 penternak cacing tanah di seluruh Malaysia yang mampu mengeluarkan 1,000 tan baja vermikompos dan 100 tan cacing tanah sebulan untuk dibekalkan kepada industri pertanian dan perladangan di dalam dan luar negara.

Dalam mempelbagaikan produk yang berasaskan cacing tanah, ASAS telah memperkenalkan produk separuh siap dalam bentuk ekstrak cecair, serbuk dan minyak untuk digunakan dalam industri kosmetik, herbaseutikal, neutraseutikal serta farmaseutikal.

Kupon Subsidi ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Jika pembelian kurang dari lima unit, kupon ini tidak sah digunakan.

Semua bekalan baja dan produk tersebut boleh didapati melalui terus ke Ibupejabat Art Soulist Agrotech Sdn Bhd, 71C Jalan Alam Jaya 17, Taman Alam Jaya, Batu 9, Cheras, Selangor di talian 03-90801678/2678