KENINGAU: Projek industri ternakan haruan yang akan dimajukan di daerah ini dijangka dapat menjana ekonomi luar bandar, termasuk memberi sumber pendapatan yang lumayan.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin, berkata selain membantu usaha kerajaan membasmi kemiskinan penduduk luar bandar, ia juga diharap berupaya memenuhi keperluan bekalan makanan tempatan.
“Keningau dipilih sebagai antara pusat perintis ternakan haruan dan pusat penyelidikan bagi memperluaskan industri itu ke seluruh negeri ini dalam jangka panjang.
“Kita menyokong penuh projek pembangunan ekonomi yang digerakkan menerusi agensi kerajaan dan swasta seiring pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC),” katanya.
Beliau berkata demikian pada perasmian bengkel Kesedaran Agro-industri Haruan anjuran bersama Institut Kajian Pembangunan Sabah, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pejabat Daerah Keningau di sini, kelmarin.
Teks ucapannya dibacakan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Bobbey Suan.
Hadir sama, Ketua Penyelidik dan Pengasas `Haruan Research Group’ UPM, Abdul Manan Mat Jais dan Pegawai Daerah Keningau, Zulkifli Nasir.
Yahya turut mengingatkan penduduk setempat supaya mengambil peluang daripada projek itu dengan menyertai bengkel dan memulakan usaha secara bersungguh-sungguh.
Ogos 11, 2008 at 8:26 am
encik apa macam kalau saya nak cuba tapi di mana saya nak dapatkan anak ikan boleh tolong saya tak
Julai 15, 2009 at 2:34 pm
Sy ada benih haruan.1inci.sms atau email sy sekiranya berminat.
September 15, 2008 at 1:11 pm
sy berminat nk memulakan perternakan ikan haruan tp sy hadapai masalh ermmm bagaimane sy untuk dptkan benih ikan haruan
Mac 20, 2009 at 4:47 pm
bagaimana cara nak bela ikan haruan????
Jun 1, 2009 at 3:24 pm
snag jerr….. ltak r ikan haruan dlam kolam… bgi mkan then tgu dier bsar… then jual r…hehehe
April 6, 2009 at 1:24 am
encik… sy berminat untuk menternak ikan haruan… masalah sy ialah dimana nak dapatkan benih, kaedah menternak dan pasaran ikan haruan… please
Julai 15, 2009 at 2:36 pm
Sy ada benih haruan,tp bru 1inci.email sy.tq.
April 10, 2009 at 2:59 pm
saya perlukan bekalan haruan hidup…100 tan sebulan…
April 10, 2009 at 3:02 pm
0149100623 saya dari melaka
Mei 3, 2009 at 9:04 pm
sy dh bele ikan haruan…anak benih br mencecah 1.500 ekor…dlm proses utk membuat ibu haruan sebanyak 100 ekor ibu haruan…
Mei 23, 2009 at 6:26 pm
sya nak ternak haruan dan skarang sy nk belajr cam ner cara nak ternak….cara2 merawat, sesuai kat kawasan yg cmner…harap anda dpt bntu..
Julai 28, 2009 at 12:57 pm
bagaimana saya hendak dapatkan anak benih di semenanjung Malaysia. Berapa lama masa yang di ambil untuk tumbesaran anak benih untuk jualan…..
Ogos 9, 2009 at 6:06 pm
sy berminat sgt nk ternak ikan haruan,boleh tak brith sy cara nk wt kolam die,sukatan air,makanan,
Ogos 9, 2009 at 6:10 pm
mane leh dptkn benih? berapa harge bg sekilo ikan haruan yang matang?
Oktober 31, 2009 at 5:15 pm
lau nak dapatkan benih untuk ikan haruan mungkin susahlah ada pun susah dicari cuba cik tanyak2 di jabatan perikanan mungkin ada info2 yg leh didapat…
Ogos 10, 2009 at 5:36 pm
sy perlukan benih ikan haruan…
Oktober 12, 2009 at 2:47 pm
email saya saya minat nak buat kancil7172@yahoo.com
Oktober 21, 2009 at 8:23 pm
sms saya, nak bela ikan haruan dan perlukan benih dan bimbingan dr kawan2, 0124140244