Bantuan dan insentif dalam industri cendawan

I. Pilihan pertama

Peruntukan RM20,000 boleh diberi untuk pembesaran projek sama ada
● Penambahan rumah cendawan RM16,000/unit

● Pembelian mesin pembancuh media RM7,000 (jika penyediaan beg melebihi 300 sehari)
● Rumah eraman satu unit (10íx 20í) RM4,5000 seunit Setiap beg media cendawan dijangka mengeluarkan hasil 60 hari selepas penyuntikan benih. Oleh itu beg media pada musim kedua perlu disediakan tiga bulan lebih awal dengan anggaran penyediaan 200 beg sehari.

II. Pilihan kedua
Peruntukan RM20,000 boleh diberi untuk permulaan projek cendawan dengan pecahan kos

● Pembinaan rumah cendawan RM16,000 seunit
● Pembelian beg media 6,000 belum matang (50 sen setiap beg berjumlah RM3,000.
● Pelbagai – air, peralatan kecil dan lain lain sebanyak RM1,000.
III. Pendapatan kasar RM3,000 sebulan

● Hasil harian cendawan : 20 kilogram dengan harga jualan pada RM5 sekilogram
Pendapatan kasar harian 20 kilogram x RM5 = RM100 sehari.

● Kiraan penghasilan sehari
● Tiap beg dianggarkan 50 gram/ kutipan
● Setiap hari perlu buka beg media 400 beg/hari (400 beg x 50 gram = 20 kilogram)
● Setiap beg media diselang 15 hari sekali kutip hasil
Perlu ada 400 beg media x 15 hari = 6,000 beg media
Bantuan dan insentif yang ditawarkan dalam industri cendawan
Bantuan teknikal Jabatan Pertanian

● RM10,000 setiap projek
● Latihan dan bimbingan
● Khidmat nasihat teknikal dan kepakaran
● Bekalan benih iaitu RM1.20 sebotol
● Sokongan bagi mendapatkan pinjaman

Insentif Fiskal

● Pengecualian cukai pendapatan
● Potongan elaun pelaburan
● Potongan ke atas perbelanjaan modal.
Terdapat tiga jenis dana pinjaman (soft loan) dari dana Bank Negara Malaysia (BNM)
● Tabung Usahawan Baru
● Tabung Ekonomi Desa
● Tabung Usahawan Siswazah

Insentif di bawah Bank Pertanian Malaysia (BPM)

BPM menawarkan insentif untuk menggalakkan pembangunan pertanian mapan.
Tawaran diberikan kepada syarikat dan pengusaha yang terlibat dalam projek-projek pertanian.
● Tabung Untuk Makan (3F)

● Skim Pinjaman Untuk Usahawan Bumiputera (MPPB)
● Tabung Industri Kecil dan Sederhana (TIKS II)
● Skim Kredit Pengeluaran Makanan (SKPM).
Insentif di bawah Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)

● Program bantuan kewangan untuk EKS Enterprais Kecil dan Sederhana iaitu syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Insentif di bawah Perbadanan Pembanguan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

● Geran pembangunan pemasaran

● Geran promosi jenama Insentif di bawah Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF):

Kemudahan disediakan meliputi
● Perkilangan
● Perkilangan berkaitan sektor perkhidmatan
● Lain-lain sektor perkhidmatan.
● Pinjaman untuk projek
● Pinjaman untuk mesin
● Pinjaman untuk kilang

Jumlah syarikat yang melabur dalam industri cendawan dan menerima insentif yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sehingga 2005

Bilangan syarikat – lapan Keluasan projek – 35 hektar
Kos projek/nilai pelaburan- RM26.03 juta

Syarikat-syarikat yang ingin melabur dalam industri cendawan boleh memohon insentif yang dikendalikan oleh MoA Inc. boleh menghubungi Jabatan Pertanian Daerah terdekat atau dapatkan maklumat di Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tni di Blok 4G1, Wisma Tani Putrajaya.


PENGUSAHA boleh menjalankan projek kecil-kecilan atau berskala besar bergantung kepada permintaan pasaran.

INDUSTRI tanaman cendawan berpotensi dimajukan memandangkan pasaran sentiasa ada.

13 thoughts on “Bantuan dan insentif dalam industri cendawan

  1. saya dan kawan saya ingin menceburi industri tanaman cendawan secara kecil-kecilan dahulu. Kami ingin mengetahui dengan lebih lanjut apakah langkah langkah yang perlu diambil dahulu dari segi persediaan diri dan modal. saya harap encik dapat memberi jawapannya. terima kasih

  2. Cik Sabarina,

    Minat dan pengetahuan itu penting untuk industri ini. Dapatkan latihan atau kursus terlebih dahulu. Banyak latihan yg dianjurkan oleh orang persendirian. Harganya pun berpatutan..Untuk langkah pertama, buat secara kecil-kecilan dahulu..sekiranya telah stabil, boleh dilakukan secara kormersil.

  3. hye,
    saya merupakan pengusaha kecil-kecilan cendawan tiram kelabu. telah menjalani kursus dan skrg sdg mengusahakan secara sambilan. bagaimana untuk saya dapatkan peruntukan pilihan pertama dan pilihan kedua yg disebutkan di atas? harap mendapat maklumbalas dr saudara.

  4. salam,
    sy ingin bertanyakan mcm mana nak dapatkan bantuan dari segi kewangan dan equipment dari agensi kerajaan? mcm mana flow nya? ada tak agensi khusus untuk projek kecil-kecilan seperti ini? sy ingin mendapat support dari segi equipment kerana kekurangan tenaga buruh.

  5. salam.saya berminat nak menceburi bidang ni..dah lama tunggu untuk habis belajar…kalau ada peluang, sila email saya..terima kasih

  6. sy jga benar2 minat dan ingin menceburi bidang penanaman cendawan ini bagaimana cara memohon bantuan kerajaan.

  7. saya sangat berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penanaman cendawan ini. tetapi saya kekurangan model. bagaimana cara untuk memohon bantuan kerajaan.

  8. Selamat tgh.hari,

    Saya seperti nama dibawah ingin memohon bantuan dari segi kewangan dan equipment dari agensi kerajaan dalam industri penanaman candawan. Bagaiman cara-caranya dan dengan pihak mana saya boleh berurus. Tempat (tanah) saya ada akan tetapi dari segi modal ini buat saya tidak dapat. Oleh saya amatlah minta simpati dari mana-mana agensi kerajaan yang boleh beri bantuan.

    Sekian terima kasih.

  9. Saya ingin menceburi dalam bidang menanam cedawan , saya ingin memperlajari bagaimana menanam dan dari mana dapat bag-bag/benih cendawa.

Tinggalkan komen