Agro - Minda Usahawan


10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.

Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran

Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda

Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat

Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan

Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!

6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti

Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan.

Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

8. Penyendiri

Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9. Tiada ‘Mastermind’

Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa

Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

Hartanah sudah berabad lamanya diakui sebagai salah satu bentuk pelaburan yang memberikan pulangan lumayan dalam apa jua situasi walaupun di saat zaman kejatuhan ekonomi.

Hari ini, memiliki dan menguruskan hartanah bukan lagi mitos khayalan iaitu hartanah merupakan bidang yang hanya boleh dipelopori oleh si jutawan atau milikpunya syarikat gergasi. Keadaan hari ini jauh sudah berubah.

Sejajar dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia, pemilikan hartanah turut meningkat dengan penglibatan penjual, pembeli, dan juga institusi kewangan yang merancakkan industri hartanah.

Bagi anda yang berminat untuk mengeksploitasi keadaan ini, jika anda berminat merebut kekayaan dalam pelaburan dalam hartanah, inilah peluangnya.

Melibatkan diri dalam dunia hartanah juga sama dengan pelaburan lain, turut tetap mempunyai risiko. Siapa kata tiada risiko?;p. Walaupun begitu, jika anda lengkapkan diri anda dengan ilmu yang cukup lengkap, anda tidak akan gagal dalam pelaburan hartanah.

Percaya atau tidak? Seharusnya anda percaya apa yang dikatakan saya kerana saya sedang belajar hartanah dari bapa saya yang merupakan seorang jutawan hartanah!

Baiklah, kali ini, saya akan menceritakan bagaimana untuk mengenal pasti lubuk emas sesebuah hartanah. Oleh sebab ramai yang ingin tahu, apakah ciri-ciri untuk mengenalpasti sesebuah hartanah yang berpotensi untuk memacu diri kita ke arah kekayaan.

Bersedialah….

Tips pertama saya:

Hartanah yang baik dan berpotensi tidak semestinya merupakan hartanah yang lumayan dan terletak dalam pembangunan yang ada kelas. Contohnya: Tidak semestinya pelaburan di Desa Hartamas (sebuah kawasan ekslusif di Kuala Lumpur) boleh memberikan pulangan yang lumayan.

Walaupun sesebuah hartanah terletak dikawasan kurang ternama, selagi ianya mempunyai permintaan, berada di kawasan pembangunan tersusun, ia adalah termasuk dalam permata pelaburan sebenar!

Bapa saya tidak pernah membeli hartanah yang popular tetapi beliau tahu dimana wang harus dibelanjakan dalam pelaburan hartanah. Asasnya, ada permintaan, beliau masih boleh mengaut kekayaan yang tinggi.


Tips kedua:

Buat permulaan dalam pelaburan hartanah, adalah penting untuk membeli hanya sebuah hartanah walaupun terdapat banyak tawaran hartanah yang menarik.

Jika terdapat banyak tawaran hartanah menarik, senaraikan setiap satu persatu dengan kriteria anda. Contoh:

1) Bilangan bilik tidur
2) Saiz halaman rumah
3) Bilik mandi
4) Saiz dapur
5) Tahap sekuriti
6) Kualiti bahan binaan
7) Kawasan kejiranan
8) Kawasan sekeliling
9) Landskap
10) Maintenance
11) Kemudahan awam

Membeli hartanah memerlukan penelitian mendalam sebelum mengambil apa-apa keputusan. Anda harus mengikuti teknik-teknik ’super’ ini jika ingin berjaya dalam pelaburan hartanah.

Apakah teknik ’super’ itu?

Anda tidak harus menjadi pak turut. Thinking out of the box. Jangan mudah jatuh hati apabila melihat keadaan rumah di’showroom’ (showroom memang dibuat secantik mungkin untuk menarik minat pembeli oleh pemaju..jangan terlalu mudah percaya), anda jatuh hati melihat VIP treatment semasa majlis penyerahan kunci ataupun melihat orang berpusu-pusu dalam majlis pelancaran sesebuah hartanah.

Keadaan seperi diatas kebanyakannya tidak banyak membantu anda membuat keputusan pelaburan yang bijak.

Sebab itu, thinking out of the box. Look beyond normal view.

Yang penting, beli hartanah yang boleh memberikan pulangan lumayan dalam jangka masa panjang berbanding tergesa-gesa untuk membeli bagi mengaut keuntungan segera.

Keputusan untuk membeli hartanah haruslah neutral. Anda tidak boleh mendengar semua kata-kata sogokan pemaju jika anda ingin membeli hartanah dengan hasrat untuk menyewakannya dan meraih keuntungan dari penyewaan hartanah.

Tips Ketiga:

Jika anda membeli dengan tujuan untuk menyewakan kembali, tetapkan target anda bahawa anda sedang mencari hartanah yang untuk disewa, bukan untuk diduduki anda atau tujuan-tujuan sebaliknya.

Apabila mencari hartanah sedemikian, anda seharusnya tahu apa kehendak penyewa. Penyewa tidak menyewa rumah pelik-pelik, melainkan pemikirannya sama dengan anda. Penyewa tidak menyewa rumah di ceruk hutan melainkan beliau sama tarzan seperti anda.

Jika anda target pasaran rumah untuk sewaan pelajar IPT, pastikan rumah tersebut dekat dengan pusat pengajian dan tidak perlu penekanan kepada kecantikan pada rumah. Kehendak pelajar IPT berbeza dengan orang biasa.

Tips keempat:

Elakkan membeli hartanah dikawasan yang terlebih-lebih pembangunan (overbuilt), kawasan yang jauh akses kepada kemudahan awam, hartanah berkualiti rendah(biarpun harganya murah).

Ini kesemua akhirnya akan membawa beban kepada anda. Anda mungkin terpaksa bersaing dengan banyak tuan rumah hartanah seperti anda di kawasan yang overbuilt, anda mungkin terpaksa melihat rumah anda kosong jika ianya jauh dengan kemudahan awam.

Anda juga mungkin terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk maintainence jika membeli hartanah berkualiti rendah.

Sebaik-baiknya, antara kaedah terbaik adalah melihat reputasi pemaju hartanah tersebut. Lihat kepada prestasi mereka pada projek-projek lepas, baru anda tahu bahawa rumah yang dihasilkan adalah berkualiti (sebabnya rumah baru kadangkala susah untuk diketahui kualitinya baik atau tidak melainkan anda melihatnya 5 tahun kemudiannya)

Tips kelima:

Apabila membeli hartanah komersial seperti lot kedai, pertimbangkan keupayaan kawasan sekeliling untuk menarik peluang pekerjaan, perhubungan dengan kawasan komersial lain, dan tumpuan komuniti masyarakat setempat.

Kawasan bandar yang selalunya mempunyai penduduk yang berpendapatan tinggi secara automatiknya menarik minat pelabur yang inginkan ruang niaga seperti lot kedai, pejabat, dan runcit.

Tips keenam:

Membeli hartanah dengan nilainya yang sebenar!. Jangan membeli disebabkan spekulasi. Ada orang yang mudah terpengaruh akan dakwaan sesetengah pihak mengatakan kawasan itu akan dibangukan besar-besaran oleh kerajaan. Dan orang terpengaruh ini sanggup membeli harga 3,4 kali ganda dari nilai semasa. Angannya ingin keuntungan tinggi dalam jangka panjang.

Akhirnya, apabila berita itu hanya spekulasi, orang tersebut rugi begitu sahaja.

Kawan bapa saya pernah membeli hartanah di Dengkil berbelas tahun dahulu atas keyakinan bahawa kerajaan ingin membangunkan Dengkil sepenuhnya sebagai pusat pentadbiran kerajaan baru di Putrajaya. Namun disebabkan spekulasi, ura-ura inilah beliau hari ini masih tidak mendapat pulangan kerana bukan semua kawasan Dengkil mendapat kesan limpahan pentadbiran baru di Putrajaya. Jika ya sekalipun, saya merasakan, tunggulah 10 tahun lagi, mungkin dapat merasakan nikmatnya. Saya tidak sanggup tunggu selama itu!

Tips ketujuh:

Living concept juga amat penting bagi masyarakat moden hari ini. Ianya membawa pengertian kepada kehidupan sesetengah masyarakat. Apabila anda memenuhi kehendak mereka dalam pembelian hartanah, secara automatiknya, anda akan mudah memperoleh penyewa.

Contohnya: Rumah diatas bukit menjadi pilihan masyarakat Cina atas kepercayaan mereka. Contoh lagi, anda membeli rumah yang beralamat, alamatnya cantik bagi masyarakat Cina. Ini juga peluang untuk anda kerana kebanyakan mereka mengamalkan kepercayaan pada nombor yang memberi “ong” kepada mereka.

No. 888, Jalan 8, Taman Jaya

Alamat rumah yang mungkin menjadi rebutan masyarakat Cina. Sama dengan plat kereta.

No. 44, Jalan 4, Taman Jaya

Anda mungkin dijauhi golongan masyrakat Cina untuk menyewa kerana anda seolah menyuruh mereka mati cepat!

Tips kelapan:

Sebelum membuat pembelian hartanah, sila rujuk kepada pihak bank untuk mengetahui nilai sesebuah hartanah untuk jenis hartanah yang sama jenis dengannya. Amalkan prinsip ini “Melabur berasaskan kira-kira, bukan dengan mengikut kata hati”.

Tips kesembilan:

Menunggu saat krisis. Anda akan menjumpai juga golongan penjual hartanah yang terlalu terdesak mendapatkan wang sehingga sanggup menjual hartanah mereka pada harga murah walaupun nilai sebenarnya jauh lebih tinggi. Dan situasi ini berlaku amat jarang sekali tetapi ingat inilah peluang anda untuk membuat pelaburan yang membawa keuntungan tinggi. Apabila krisis yang tidak dijangka ini berlaku, berdasarkan pengalaman bapa saya, beliau mempunyai fund tersendiri yang hanya disimpan khusus untuk merebut hartanah yang di dalam golongan krisis.

Bermakna, apabila ada tawaran gila oleh penjual hartanah yang terdesak ini, fund ini akan digunakan untuk membeli hartanah ini.

Baiklah, saya rasa setakat ini dahulu penjelasan saya. Saya berharap moga anda dapat memanfaatkan 9 tips super yang saya kongsikan ini.

Satu sebab mengapa saya sedang belajar hartanah dari bapa saya walaupun usia saya masih berumur 20 tahun : Sebabnya, saya tahu hartanah adalah cara untuk mengaut kekayaan tanpa memerlukan usaha yang banyak seperti menjalankan sebuah perniagaan biasa. Kalau tidak, masakan bapa saya sudah bergelar jutawan hartanah sejak 10 tahun yang lepas.

Satu lagi sebabnya, hartanah ibarat industri makanan juga, akan sentiasa ada permintaan dan permintaan tersebut tidak akan menurun atau menjunam dalam masa waktu jangka masa yang panjang.

Hari ini lebih banyak graduan dihasilkan, lebih ramai golongan muda
yang bekerja, lebih ramai golongan yang baru mendirikan rumah tangga, lebih ramai rakyat setiap tahun, maka permintaan akan sentiasa ada.

Saya selalu juga membaca surat khabar tentang penganalisis ekonomi yang memberikan pendapat, walaupun ada ketika mereka mengunjurkan industri hartanah di Malaysia amat lembap, industri hartanah di Malaysia tidak menguntungkan, tetapi sebaliknya, bapa saya hari masih terus bergelar jutawan hartanah dan sehingga saat ini, kalau diberi peluang, sayalah orang pertama akan melonjakkan diri jika disebut mengenai hartanah.

Ruang untuk anda turut menikmati kekayaan dalam bidang hartanah juga masih luas dan belum diekspoloitasi sepenuhnya.

Yan pentingnya, saya selalu tekankan, lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum menceburi bidang hartanah.

Tahukah anda?

Orang paling kaya di Malaysia,”Raja Gula” Tan Sri Robert Quek mempunyai pelaburan berbilion ringgit dalam hartanah.
Orang paling kaya di Singapura, Kwek Leng Beng adalah pelopor industri hartanah di sana.

Anda boleh menggunakan artikel ini untuk blog, laman web atau apa sahaja kegunaan dengan syarat anda TIDAK mengubah artikel ini dan mengekalkan maklumat mengenai penulis di bawah. Anda juga perlu memaklumkan kepada kami di mana anda telah meletakkan artikel tersebut, jika anda menggunakannya sebagai satu isi emel, sila forwardkan kepada saudagar-at-saudagar.com.my. Jika anda rasa artikel ini perlu sedikit perubahan dari segi ayat untuk disesuaikan dengan laman web anda (perubahan kecil sahaja), sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di http://support.saifulsham.com untuk melakukannya bagi pihak anda.

 

Untuk keterangan lanjut sila lawat laman web: http://www.saifulsham.com/rahsiahartanah.html

Senaraikan nama-nama orang yang anda kenali berserta nombor telefon, dan alamat kediaman mereka. Hubungilah mereka dengan alasan untuk menziarahi mereka. Semasa berada di dalam rumah pelanggan anda, berbasa-basilah terlebih dahulu. Jangan terus kepada matlamat anda untuk menjual barangan. Perkenalkanlah produk anda setelah anda yakin bahawa pelanggan anda telah cukup selesa dengan kedatangan anda dan bersedia untuk mendengar penerangan anda.

Jualan yang baik dan menguntungkan adalah dengan menjemput mereka ke rumah anda. Anda mungkin boleh mengadakan jamuan/kenduri doa selamat. Setelah selesai acara jamuan dan setelah berbasa-basi, maka mulakanlah tujuan sebenar anda mengundang mereka. Dalam home party seperti ini, orang yang paling kedekut mengeluarkan wang untuk membeli barang pun akan mengeluarkan wang kerana berasa malu di hadapan khalayak ramai. Sentiasa bersedia dengan pen dan buku pesanan jualan setelah selesai memberikan penerangan produk.

Tanyakan soalan ini: “Berapa banyak Encik Ahmad hendak?” sambil bersedia untuk mencatatkan pesanan mereka.

Jika produk yang ingin anda jual itu memerlukan demonstrasi, lakukan demonstrasi dengan tenang. Kebanyakan demonstrasi yang menunjukkan kelebihan dan keberkesanan barangan akan lebih mudah memberikan kepercayaan pelanggan terhadap barangan itu.

Jual diri anda terlebih dahulu sebelum anda menjual produk anda. Misalnya, jika anda menjual makanan tambahan seperti vitamin, tunjukkan bahawa anda memang sihat 100% dan tidak berpenyakit. Cipta suasana yang pelanggan memang sangat memerlukan produk anda itu. Misalnya, jika dinding rumah pelanggan anda comot oleh contengan anak-anaknya, perkenalkan produk anda yang dapat menghilangkan kesan contengan itu dengan serta-merta.

Tukar persepsi pelanggan anda agar membeli daripada anda bagi produk yang sama yang ada di pasaraya. Misalnya, jika anda menjual produk syampu, tunjukkan bahawa syampu anda adalah lebih baik daripada syampu yang berlegar di pasaran terbuka.

Buat persediaan mengenai produk yang akan anda jual bagi mengelakkan anda tergagap semasa membuat penyampaian penerangan produk.Selalulah membawa sampel produk. Jangan menjual dengan katalog sahaja. Kewangian bedak jualan anda tidak akan dapat dihidu melalui katalog.

Sentiasa yakin bahawa produk anda yang berharga hanya beberapa ringgit itu akan terjual kerana kereta yang berharga ribuan ringgit itu pun masih ada yang mahu membelinya.

Sentiasa bawa maklumat sokongan seperti testimonial/surat akuan pelanggan yang berpuas hati terhadap produk anda. Untuk mencari pelanggan, anda boleh membuat iklan dalam bentuk flyer (bukan surat layang) atau poster. Flyer atau poster bersaiz A4 itu boleh anda masukkan ke dalam peti surat rumah di kawasan kediaman anda, diselitkan pada wiper kereta di ruang letak kereta, atau anda memberikan komisyen kepada penjual surat khabar agar mereka menyisipkan flyer atau poster anda ke dalam surat khabar untuk edaran hari itu. Jika mereka menghubungi anda, yakinlah bahawa mereka merupakan pelanggan yang memang berminat dengan produk anda.

Anda seorang peniaga tetapi adakah anda berjaya menjadi usahawan ? Peniaga tidak semestinya berjaya menjadi usahawan tetapi usahawan terdiri daripada mereka yang juga menjalankan perniagaan. Seorang usahawan yang berjaya berkebolehan untuk membuat orang lain percaya kepada idea-ideanya dan juga mempunyai kepercayaan diri sendiri serta karisma untuk menjual idea-idea tersebut. Ada di antara usahawan yang mencari dan mewujudkan idea mereka sendiri dan ada juga di antara mereka mewujudkan personaliti untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Oleh itu usahawan yang berjaya patutlah menjadi seorang yang bijak bercakap dan seorang pendengar yang baik, ikhlas dan boleh menerima pandangan orang lain.

Menurut David Mc Clelland, seorang usahawan boleh berjaya sekiranya mereka bersifat inovatif dan kreatif, berani mengambil risiko, percaya pada diri sendiri, sanggup bekerja kuat, berilmu dan boleh merancang dan menetapkan objektif dan tujuan serta bertanggungjawab didalam segala yang dilakukannya.

Seorang pengurus yang menjadi usahawan mempunyai tiga tugas penting iaitu;

Dia mempunyai kebolehan untuk mencari peluang yang ada disekelilingnya untuk diri dan juga syarikatnya.

Dia berkebolehan untuk mengenalpasti sumber-sumber yang ada dan diperluaskan untuk mengambil peluang yang ada.

Dia boleh menentapkan satu objektif yang realistik untuk membolehkannya mengguna dengan baik sumber-sumber yang ada tadi untuk merebut peluang yang terbuka.

Kesimpulannya seorang usahawan amat peka melibat dan menghidu peluang untuk diciptakan serta diterokai sebagai dibidang keusahawanannya. Justeru itu adakah anda juga memiliki sifat tersebut?

Tepuk dada tanya selera, jujurlah dengan diri sendiri!

Tips 7 Langkah menjadi jutawan kambing (dari kaprima yahoogroups)

7 langkah menjadi jutawan kambing – modal RM40,000 dalam 5 tahun.

1. Cari tanah 3 atau 4 ekar dan sewa. Pastikan jauh sedikit dan tidak
mengangu manusia.
2. Cari pekerja 1 atau 2 orang buat dan dirikan kandang ikut
specification.
3. Cari baka dan induk dan siapkan rekod. Untuk daging – Boer, untuk
Susu – Sanaen
4. Tetapkan formula makan dan ubatan. Tanam rumput gajah. Ikut ramuan
pakar.
5. Jual kambing jika 40kg keatas dalam anggaran 6 bulan.
6. Urus kesihatan kambing dari kecil hingga dewasa. Post-motem setiap
kematian.
7. Pastikan kadar pertumbuhan 1.80/tahun dan anda telah berjaya.

Sifat Gandaan dalam perniagaan
0 – 40,000
1- 80,000
2- 160,000
3- 320,000
4- 640,000
5- 1,280,000

Anda akan menjadi jutawan dalam 5 tahun. inshallah.

so macamna?percaya?tepuk dada tanya lah hati…lebih baik anda percaya dari percayakan skim2 cepat kaya yang semakin berluasa sekarang….hehehe.

« Laman Sebelumnya