Ternak udang galah Risda manfaat tanah terbiar

OLEH: NORNI AZURA NAYAN

SEBANYAK 388, 640 ekor anak benih udang galah dilepas ke dalam sepuluh buah kolam di Pusat Ternakan Udang Galah milik penuh Koperasi Pertubuhan Kecil Daerah Baling yang dikawal selia oleh pihakRisda (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Negeri Kedah. Ternakan udang galah menjadi perhatian masyarakat setempat sejak akhir ini kerana industri ini mendatangkan keuntungan yang memberangsangkan. Setakat ini belum ada lagi agensi lain yang berjaya ketengahkan industri ini secara besar-besaran. Udang galah mempunyai nilai tinggi di pasaran dan kurang saingan.

Pengarahnya, Tuan Haji Abu Bakar Baharom berasa amat berbangga dengan pencapaian yang diterokai oleh pihaknya merupakan sumbangan kakitangan dengan kerjasama pekebun kecil. Ini kerana peranan Risda adalah untuk meningkat taraf pendapatan penduduk disamping berusaha mencapai objektif Risda yang dilancarkan awal tahun ini.

Sehubungan itu, kejayaan projek ini telah membuka minda pekebun kecil agar merebut peluang supaya tidak ketinggalan dalam menopoli kepesatan ekonomi negeri ini. Malah ianya membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat khususnya kepada penduduk Kampung Banggol Asam Jawa. Projek ini hanya fokus kepada pekebun kecil termiskin dalam skim Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan bertujuan untuk membantu para pekebun kecil dalam peningkatan serta perubahan taraf hidup mereka.

Sejumlah 65 peserta PPRT dari daerah itu, dengan peruntukan sebanyak RM 646,000, telah memulakan projek ini ke arah membasmi kemiskinan. Lokasi yang strategik iaitu Kampung Banggol Asam Jawa Mukim Pulai, Baling menjadi pilihan pihak RISDA agar ternakan yang dilaksanakan lebih selamat dan sempurna. Kawasan ini merupakan tanah terbiar yang disewa dalam jangka masa sepuluh tahun yang diambil daripada penduduk setempat.

Kemudahan air untuk kolam datangnya dari mata air Lata Bayu. Kawasan ini hanya 300 meter dari jalan raya utama yang menghubungkan pekan Baling dengan pusat ternakan tersebut. Ini memudahkan proses pemasaran hasil ternakan udang galah nanti. Kawasan tanah sawah terbiar seluas 9.7424 hektar yang dibangunkan pihak Risda menyumbang kepada pembangunan tanah berkenaan. Kawasan seluas ini telah berjaya dibangunkan sebanyak 22 buah kolam. Dan sepuluhdaripadanya telah beroperasi pada akhir tahun 2002. Operasi penetasan udang bermula sejak akhir tahun 2001 lagi. Sehingga kini anak-anak udang berkenaan telah berusia 80 hari dijangka dituai dan dipasarkan pada awal Febuari 2002. Pasaran udang galah ini difokuskan untuk Tahun Baru Cina memandangkan daya tarikan untuk perayaan amat mengalakkan. Kajian yang rapi telah dilakukan oleh pihak Risda dan diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi Pertubuhan Kecil Daerah Baling. Sumbangan yang bernas oleh pihak Risda sewajar menyambut seruan kerajaan negeri dalam mencapai impian Kedah Maju 2010 yang diwar-warkan oleh Menteri Besar Kedah. Selaras dengan itu sumbangan pihak Risda terhadap kerajaan negeri.

20a.jpg
Antara kolam udang galah milik RISDA.

20b.jpg
Udang galah berjaya ditangkap dari kolam udang yang telah dilepaskan hujung tahun lalu. Usia masih muda lagi…

20c.jpg
Kakitangan penyeliaan Projek Udang Galah, tekun memrhati seorang kakitangan yang cuba menjala udang galah.

56 thoughts on “Ternak udang galah Risda manfaat tanah terbiar

  1. kami pelajar UITM Merbok ingin menjalankan kajian berkaitan projek perusahaan udang galah. setelah di kenalpasti, kami dapati tempat pihak tuan sesuai dijadikan lokasi kajian kami. oleh itu, kami mengharapkan kerjasama dari pihak untuk memberi alamat penuh lokasi penternakan tersebut bagi memudahkan kami untuk kesana untuk mendapatkan maklumat dari pihak tuan.

    diharapkan pihak tuan dapat memberikan alamat segera.

    kerjasama pihak tuan amat kami harapkan dan didahului dengan terima kasih

  2. manfaat tanah donk!!

    coontoh:
    tanah bisa digunakan untuk membuat pot yg terbuat dari tanah liat.
    pot di gunakan untuk pot bunga .dll.
    tolong donk!!
    tugas ipa nich…

  3. saya berminat dengan perniagaan penternakan udang galah ni. Saya ingin tahu bagaimanakah saya boleh mendapatkan benih undang galah ini. Saya juga berharap agar mendapat nasihat serta bantuan dari pihak tuan.

  4. Asskum… Saya Haris dari Melaka.. Bolehkah Udang Galah diternak didalam Kolam simen, Kanvas, Tangki Air.. Segala pandangan anda amat dihargai.. Tk

  5. A’kum saya pengusaha dan pengeluar benih udang galah,telah beroperasi selam 6 tahun di Bukit Gantang Taiping Perak.Sebarang tempahan sila hubungi 019-5450133,05-8554091.

  6. saya berminat dengan perniagaan penternakan benih udang galah ni. Saya ingin tahu bagaimanakah saya boleh mendapatkan benih undang galah ini. Saya juga berharap agar mendapat nasihat serta bantuan dari pihak tuan.

  7. a,kum.. saya ingin bertanya tentang kos bgi sesebuah kolam penternakan udang ini..(pusingan modal/tempoh matang)perlukah kta menggunakan genset(generator) jika bekalan elektrik terputus?Perlukah bakal penternak mengikuti kursus terlebih dahulu?

    • seelok2nya anda perlu mengikuti kursus terlebih dahulu..generator sngat penting..jika ada pertanyaan call sy 0173919532,0136341765..kami adalah penusaha dan pembekal benih udang galah. kami ada pakar2 dalam bidang ni..tq…

  8. kami pelajar politeknik kota bharu ingin membuat kajian mengenai udang galah boleh sertakan alamat dgn segera @hubungi kami 0145006720

  9. saya ingin tahu bagaimana hendak dapatkan benih udang galah dan dalam sebulan berapakah banyak anak benih udang galah di perlukan?

    • untuk tempahan benih udang galah call 0173919532,0136341765..hatceri terletak di kg.sg.Yu kota kuala muda kedah..penghantaran hingga ke kolam..tQ

    • Sebarang tempahan benih udang galah, sila hubungi 019-758 2556/019752 3556 (En.Farhan-Aquateam & Hatchery). Penghantaran terus ke kolam ternakan.

  10. saya berminat dengan projek ternakan udang galah di kolam sawah. bolih saya dapatkan khidmat nasihat untuk memulakan projek ini dan kos kos yang perlu ditanggung?

  11. saya sedang mencari pembekal udang galah hidup sekitar perak…jika ada sila hubungi atau beritahu saya..call @sms halim 0122240617

  12. saya ingin menternak udang galah air tawar…dimanakah saya boleh mendapatkan benih anak udang?…sila hubungi saya pada hp 012-2166214 terima kasih.

  13. bagaimana cara kami untuk menghubungi pihak yang menguruskan projek udang galah di baling ini.maksud saya alamat penuh tempat projek ternakan udang ini.sebagai permulaan utk membuka permis memancing udang galah di tempat kami di alor star

  14. saya ada tanah yang tidak di usahakan,,tanah tersebut berdekatan dengan sungai..saya bercadang mahu mengusahakan tanah tersebut dengan menternak udang galah.diharap pihak menerima email ini dapat memberi tunjuk ajar atau ape shj pertolongan.sekian terima kasih.

  15. salam….
    saya merupakan wakil drp ibu sy..ibu sy nak mengusahakan kolam ternakan ikan keli dan udang galah..
    kami masih mencari sumber2 tertentu khususnya benih udang galah. kami juga ingin menpelajari cara2 menternak udang galah ini.
    diharap ade pihak yg tertentu dpt memberi info2 yg berguna mengenai perkare yg berkenaan.

  16. salam..
    saya berminat sangat dengan ternakan udang galah ini.. boleh tak saya tahu macam mana nak mulakan ternakan ini?? boleh atau tidak ternakan ini dijalankan menggunakan kaedah seperti ternakan ikan keli.. contoh: menggunakan canvas atau tangki air.. saya harap pihak tuan sudi memberi penjelasan dan tunjuk ajar kepada saya..

  17. salam….
    saya bercadang hendak membuka kolam menancing udang galah..bolehkah udang ini hidup dalam kolam simen dan bagai mana cara penjagaan kolam..dimana saya boleh mendapatkan stok udang…

  18. salam,
    Saya berminat dan bercadang hendak menternak udang,
    persoalannya bolehkah udang di ternak di dalam kolam konkrit dan apa kah system yang sesuai untuk system kolam konkrit
    terima kasih

  19. Saya ingin betul berternak udang,tapi saya ga tw bagaimana cranya.saya tolong beri tw saya bagaimana berternak udang dan juga bagaimana saya bisa dapat induk/bibit udang galah.
    Saya juga sudah mengembangbiakan ikan nila,emas,lele,patin smuanya saya berhasil tapi tp untukk udang saya belum tw caranya.mohon bantuannya.
    Terima kasih

  20. saya ingin tahu macam mana nak dapatkan benih udang galah di sekitar kuantan,pahang..
    adakah kerajaan memberi bantuan dari segi wang dan nasihat bagi kerjaya ini dan jikalau ya,kat mana saya harus hubungi untuk pertanyaan lanjut?harap soalan saya dapat dijawab dalam masa terdekat..terima kasih..

  21. boleh ternak dlm kanvas,tangki.sama mcm keli jugak….kalu tak percaya check kt you tube…

    ….jgn panggil orng mangkuk,nanti ko jadi mangkuk ayun…

  22. udang jenis ni sensitive x dgn enviroment yg kotor?
    agk2 la brape costing nk starting projek ni?
    saye asal kelantan, mane saye boleh dapat benih udang galah nie dan harga borong udang galah berape?

  23. salam…
    saya ingin mencuba menternak
    udang galah tapi saya tidak tahu
    di mana ingin saya kursus…
    kalu blh saya nk tahu dimana tempat
    kursus di kelantan???

  24. Salam…Saya dari sarawak,saya sangat berminat menjadi pengusaha udang galah ini…bolehkah tuan membuat penghantaran benih ini ke sarawak???…

  25. Saya orang baru yang ingin tahu cara cara menternak udang galah kaedah kolam fibre…mintak sesiapa boleh membantu memberi tip-tip untuk menternak guna kolam fibre.tq
    cal sham 012-4109565

  26. salam…saya baru dan berminat berkecipung dalam mengusahakan udang galah ini….saya ingin tahu cara menternak udang galah …mintak sesiapa boleh membantu memberi tip-tip dari mula hingga akhir untuk menternak udang galah ini…
    call majid : 013-3330956

  27. Saya mencari udang galah hidup untuk kolam memancing udang galah di utara perak…sesiapa yg mempunyai bekalan udang galah diharap boleh menghubungi saya…0125858809…harga boleh dirundinh…

  28. Sy mencari mencari udang galah hidup utk kolam pancing sy….paper bole wasap sy terus 0126038730 kolam pancing area selangor.

  29. Saya , Mohamad Azmi , pembekal benih udang galah . Hatceri berada di Teluk Intan , perak . Boleh hubungi atau ws 0195508381 untuk tempahan.

  30. saya yaya ingin buka kolam pancing udang galah.. sedang mencari pembekal udang galah dengan segara.. sila hubungi saya 013-3638483.. atau whatsapp 011-40438483.. pembekal diperlukan segera

  31. Salam
    Sy pengusaha dan pembekal benih udang galah.
    Lokasi di kg acheh sitiawan perak.Jika berminat blh hubungi sy 0164002280

Tinggalkan Jawapan kepada Kamal Batal balasan