Kompos: Cara-cara Penyediaan Secara Sendiri

 

Kompos boleh dibuat menggunakan bahan-bahan buangan dan najis binatang peliharaan.Kebaikan kompos ialah ianya mudah dibuat dan membekalkan tumbuhan dengan berbagai nutrien. Kompos yang ditambah di atas tanah juga mengurangkan hakisan tanah asli dan membantu penyerapan air.

Kompos boleh dibuat sendiri melalui cara-cara berikut:

  1. Sebaiknya gali lubang kerana tanah yang digali akan diperlukan untuk membuat kompos.Tetapi kompos boleh juga dibuat di atas permukaan tanah.
  2. Masukkan bahan buangan dan najis binatang peliharaan ke dalam lubang dan ratakan
  3. Jika perlu, tambahkan sedikit quicklime untuk meneutralkan bahan buangan yang terlalu berasid
  4. Lapis bahan buangan dengan lapisan tanah dan diikuti dengan satu lagi lapisan bahan buangan
  5. Buat beberapa lapisan bahan buangan – tanah dan akhiri dengan lapisan tanah
  6. Biarkan kompos selama lebih kurang sebulan untuk pereputan
  7. Periksa suhu dan apabila suhu kompos sama dengan suhu tanah biasa, kompos boleh digunakan.

9 thoughts on “Kompos: Cara-cara Penyediaan Secara Sendiri

  1. saya ingin mendapat maklumat tentang ternakan cacing tanah secara komersial kerna saya berminat tentang cacing tanah ini.

  2. sya berminat mengenai ternakan cacing kompos dan ingin mendapatkan maklumat seperti no tel dan alamat yang terkini,

  3. aslamkum..sy baru nak mencuba dalam pnternakan cacing nie..sy brcadang nak buat kcil2-kcilan di blkng umah..bleh sy tahu mcm mner cara mnyediakan rumah cacing?
    mndapatkan bnih2 cacing?…

  4. saye berminat dengan ternakan ayam kampung organik…saye perlu pengetahuan dan cara2 pembelaan hingga ke pasaran…diharap dapat membantu saya…

  5. kenapa tidak adakan satu kilang di mana semua yg ternak cacing boleh menjual baja kompos dan cacing mereka.baru lah cara yg betul,sekarang semua ternak kecil2 nak jual baja dan cacing di mana.

Tinggalkan komen