PENANAMAN HIDROPONIK

PERALATAN

takung.jpg Takung mestilah tidak telus cahaya matahari dan berukuran 21inci x 16inci x 5inci.
tutuptakung.jpg Penutup takung diletak diatas bakul-bakul semaian.
Image6.jpg Biji benih diletakkan didalam bakul yang diisi sabut kelapa. Kira-kira 1/4 bahagian bakul semaian mesti terendam dalam larutan baja. Masukkan 2 atau 3 butir biji benih dalam satu bakul.
sabut.jpg Sabut kelapa dimasukkan ke dalam bakul tanaman hingga menutupi lubang dibahagian dasar bakul.Selain sabut anda boleh guna bebenang,span,perca dan kain kapas.
baja.jpg Baja yang sesuai dengan sayuran yang ditanam boleh didapati di Institusi Pertanian atau kedai jual peralatan pertanian.
tapis.jpg Penapis ini digunakan untuk mengeluarkan lumut dari takung tanaman.


PENYEDIAAN LARUTAN BAJA

Penyediaan Larutan Pekat:

Serbuk baja (500g) dijadikan larutan pekat dalam 5 liter air.

Penyediaan Larutan Tipis:

25 ml larutan pekat dijadikan larutan tipis dalam 1 liter air.

LANGKAH PENANAMAN

Gunting bebenang kepada setengah saiz bakul semaian . Selain bebenang anda boleh meggunakan lain-lain bahan yang telap air.
t6.jpg Masukkan bebenang kedalam bakul kecil dan tarik dari lubang bawah bakul supaya berkeadaan berjuntai 2-3cm. Ratakan permukaan bebenang untuk memudahkan benih disemai. Keadaan bebenang hendaklah tidak terlalu padat. Basahkan bebenang sebelum menyemai biji benih.
t8.jpg Semaikan 3-5 biji benih dalam bakul kecil. Tutup bakul-bakul kecil dengan suratkhabar selama 3-5 hari untuk mengelakkan bakul dan bebenang dihinggapi algae. Buang lindungan suratkhabar setelah semua biji benih bercambah.
t10.jpg Selepas 2-4 hari benih bercambah, tuang air bersih sehingga paras 10-12 cm dan tutup dengan penutup takung. Masukkan bakul-bakul semaian yang mengandungi anak benih kedalam lubang pada penutup lubang. Pastikan bebenang mencecah air pada takung. Jika tidak tarik sehingga mencecah air.
t11.jpg Selepas 2-4 hari anak benih dalam takung, tuang baja campuran khas yang disediakan. Kacau sehingga campuran baja larut dan serata.

LANGKAH PENGAWALAN

1. Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah yang terlindung dari hujan.
2. Pastikan ia menerima sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari.
3. Pastikan air hujan tidak masuk ke dalam takung supaya larutan baja tidak menjadi cair.
4. Kawal serangga perosak dengan menyembur racun perosak. Elakkan menyembur racun kimia sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum memungut hasil.

TEMPOH TANAMAN

SALAD

SAWI JEPUN

BAYAM HIJAU

KAILAN

SAWI KERITING

28-30 HARI

25-30 HARI

25-30 HARI

35-45 HARI

20-30 HARI

43 thoughts on “PENANAMAN HIDROPONIK

  1. mana nak dapatkan set hidroponik ni? tlg bagikan alamat2xnya
    terutama kalau ada di sekitar daerah petaling/subang/kl lagi bagus.
    Thank you.

  2. assmlkm,

    terima kasih kr informasi ttg hidroponik.

    soalan:

    1. bgmn untuk dptkan baja hidroponik? boleh berikan no phone dan alamat pembekal?

    mat
    shah alam

  3. Di mana boleh saya dapatkan peralatan, baja dan cara-cara untuk memulakan penanaman hidroponik (kecilan sekitar rumah untuk tanaman sayuran)

  4. sy memang berminat nak tanam hidroponik dirumah tetapi x tau nak cari kat mana set hidroponik… sy tinggal diputrajaya.. any idea kat mana nak cari..

  5. saya ingin mendapatkan cawan (bakul kecil)untuk hidroponik dalamm jumlah yang agak banyak. ada sesiapa boleh bantu saya atau ada pengedar di sini yang boleh menjualkannya kepada saya…………tolong hubungi saya di alamat e-mail suhaimisobrie@yahoo.com atau hubungi 012-4633584

  6. Salam, boleh beri info di mana saya boleh dptkan set hidroponik , benih dan baja di area Shah Alam atau yg terhampir dgnnya. Sila hubungi saya melalui e-mail yg diberikan. Terima kasih.

  7. Kepada peminat2 hidroponik, untuk dapatkan bekalan barangan hidroponik, boleh hubungi kami di :

    Kazz Hidronik Domestik (Melaka)

    Kami merupakan pembekal hidroponik dan mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang ini. Untuk keterangan lanjut tentang produk dan cara menanam, sila hubungi encik ahmad ( 017-6640460 )

  8. aku ada …. takungan hidroponik..minimum beli 2 set..satu set rm 48..kalau beli banyak dapat kurang sikit…apa apa hal..cal ako..06-3125594. ibrahim ..siap penghantaran dengan pos..

  9. luper lak..harga untuk semenanjung malaysia..kalau sabah serawak lain harga… dan lagi satu..sementara stok ada..penghantar by pos….

  10. moon baru nk mulakan tanaman hidroponik ne…ble x bagi info kt ner nk dptkan alatan,baja and pe2 la psl tanaman ne…email kt moon yerr..plzzzz

  11. salam semua, saya adalah pengedar takung hidroponik bagi area seremban, nsdk. kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di 012-6438302 atau email – is_sham@yahoo.com. pembelian samada complete set atau berasingan.untuk area seremban kalau beli lebih dari 2 unit penghantaran percuma.

  12. Kat area pahang x de ke tempat nak cari hidroponik ni? ke ada sesiapa yang boleh pos? berapa harganya…. erminat jugak

  13. Selamat petang.Saya berminat buka ladang hdroponik tetapi saya tidak ada pengelaman.Boleh pm wsp saya di nmbr 011 -25279202 tq

Tinggalkan komen