Memperhebatkan industri tanaman cendawan

RAMAI daripada kita merupakan penggemar cendawan, sayur yang unik tetapi
mempunyai banyak khasiat. Tahukah kita bahawa jumlah cendawan yang dimakan oleh rakyat Malaysia ialah 324 gram seorang setahun atau jumlah yang diperlukan ialah 8,100 tan setahun.
Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding dengan pengeluaran cendawan negara pada masa ini iaitu sebanyak 5,500 tan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan untuk meningkatkan pengambilan cendawan rakyat Malaysia dari 324 gram setahun kepada dua kilogram setahun. Ini memerlukan peningkatan pengeluaran cendawan kepada 50,000 tan setahun.

Jawapan kepada masalah tersebut ialah perlunya industri tanaman cendawan diperhebatkan, sekali gus menjana pengeluaran yang mencukupi pada masa akan datang. Seperti juga tanaman lain, industri tanaman cendawan juga mengalami evolusi teknologi dan berdasarkan catatan, pada 1960- an cendawan ditanam pada batang kayu terutama jenis shiitake dan telinga kera.
Sedekad kemudian, kaedah baru digunakan iaitu penggunaan jerami padi sebagai media tanaman sebelum penggunaan hampas kapas pada tahun 1980-an.

Itu cerita dalam tempoh tiga dekat tetapi suntikan teknologi kini menjadikan tanaman cendawan diusahakan secara komersial dan berteknologi tinggi.

Kaedah terkini ialah menanam cendawan menggunakan habuk kayu dalam polibeg atau beg media. Setengah pengusaha kini mampu menghasilkan benih sendiri dengan penggunaan kadah
bioteknologi tetapi kosnya lebih tinggi. Menurut Timbalan Pengarah Seksyen Tanaman Industri, Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Jabatan Pertanian, Mohd. Zainuri Mohd Salim, pengeluaran cendawan segar yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan memerlukan
pelbagai usaha bagi memastikan bekalan mencukupi. Beliau berkata antara pendekatan yang digunakan ialah melahirkan usahawan cendawan menggunakan kaedah kontrak penanaman.
“Kita menggalakkan kaedah tersebut iaitu sebuah syarikat besar memayungi pertumbuhan
syarikat-syarikat kecil. “Tetapi kita juga menggalakkan pengusaha-pengusaha kecil berusaha memajukan tanaman masing-masing,” katanya.

Mohd Zainuri berkata, pada masa ini terdapat sebanyak 133 pengusaha cendawan dan pihaknya menyasarkan untuk melahirkan 20 pengusaha setahun.
Beliau berkata, tanaman cendawan berpotensi untuk dimajukan tetapi mereka yang berminat perlu meninjau aspek pasaran terlebih dahulu terutama bagi terutama yang inggin mengusahakan secara besar-besaran. Kata beliau, mereka perlu menghubungi Jabatan Pertanian di daerah masing-masing untuk mengemukakan permohonan sekiranya bercadang menceburi bidang tersebut.

Pada masa ini , sebanyak 17 permohonan baru telah diluluskan untuk diberi bantuan awal sebanyak RM10,000.

Dalam pada itu beliau memberitahu, empat Pusat Pengeluaran Benih Cendawan akan dibuka dalam tempah terdekat dan beberapa tahun akan datang secara berperingkat. Pusat seumpama itu telah dirancang dibuka di Serdang (Selangor), Pulau Pinang, Kelantan dan Johor (Pagoh).
Sementara itu, menurut Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Jabatan Pertanian, Normah Ibrahim, teknik terkini dalam penanaman cendawan melibatkan penghasilan bijih benih. Katanya, jika sebelum ini, pengusaha menyediakan beg media untuk tanaman tetapi mereka boleh mendapatkan beg media yang telah disuntik dengan bijih benih cendawan pada harga yang tidak terlalu membebankan.
Dalam pada itu, beliau yang pakar dalam penanaman cendawan berkata, pihaknya sentiasa turun padang membantu pengusaha dan bakal pengusaha memberi bimbingan dalam segenap aspek tanaman cendawan supaya mereka dapat berdikari.

Persediaan bagi memulakan projek cendawan

1. Minat dan pengetahuan mengenai teknologi
● mempunyai minat dalam penanaman cendawan
● tahu teknologi terkini
● tahu jenis cendawan yang hendak ditanam
● tahu keperluan asas jenis cendawan yang hendak ditanam

2. Tapak/ Lokasi Projek
● pastikan di mana lokasi projek yang sesuai
● keperluan bangunan
● maklumkan kepada pejabat Pertanian Daerah terdekat

3. Pembekal peralatan dan bahan
● Pastikan peralatan dan bahaya yang perlu
● Dapatkan senarai pembekal yang terdekat

4. Sumber kewangan
● Kewangan penting untuk membangunkan projek
● Modal sendiri atau perlukan pinjaman
● Ambil tahu dan ambil peluang insentif kerajaan.

5. Pemasaran
● Kaji keperluan dan permintaan cendawan semasa
● Dapatkan saluran pemasaran yang termudah
● Fikirkan bidang industri asas tani untuk cendawan yang ditanam.

Jenis-jenis cendawan yang ditanam di negara ini

Jenis Nama saintifik
Tiram kelabu Pleurotus sajor-caju
Tiram putih Pleurotus florida
Abalone Pleurotus cystidiosus
Telinga kera Auricularia polytrichia
Jerami padi Volvariella licidum
Ling zhi Ganoderma licidum
Tiram kuning Pleurotus citronipileatus
Tiram biru Pleurotus lungaria
Tiram merah jambu Pleurotus flabellatus
Cendawan bunga kubis Hericium erinceus
Perut lembu Clitocybe sp
Cendawan kukur Schizophyllum sp
/sisik/ kerang
Cendawan berangan Agrocybe sp
Cendawan peha ayam Coprinus sp
Shiitake Lentinus edodes
Cendawan butang Agaricus bisporus
Jarum Mas Flammulina velutipes

Akiviti utama teknik penanaman cendawan

1. Menyediakan beg media cendawan
2. Mengukus beg media cendawan
3. Menyuntik benih
4. Eraman beg media cendawan
5. Memungut hasil
6. Pengendalian lepas tuai
7. Pemasaran


SALAH seorang pengusaha cendawan syarikat Vita Agro berjaya di Tanjung Sepat Selangor yang mendapat bimbingan Jabatan Pertanian

 

10 thoughts on “Memperhebatkan industri tanaman cendawan

  1. nak kursus cendawan????? call sy 0132428050…
    yuran murah ajer RM 500 per pax…(siap sijil & makan2)
    nak tahu teknik rahsia??? +RM 300…..confirm menjadi.
    lokasi..puchong, selangor!

  2. saya sangat berminat untuk mempelajari dengan lebih mendalam cara menanam, menjaga dan menghasilkan benih ganoderma dan shiitake .saya masih mencari,di mana saya boleh hadiri kursus menanam cendawan ganoderma.kebanyakan iklan kursus yang saya jumpa adalah untuk cendawan tiram.

  3. Saya juga berminat untuk tanaman-tanaman cendawan, tapi jenis cendawan yang mana lebih mendapat sambutan dikalangan masyarakat di malaysia. Apa yang di fikirkan sekarang ekonomi semakin menurun di 2 tahun yg akan datang, adakah ia akan menjejaskan industri ini??

  4. macam mana nak mencari saluran pemasaran cendawan…??
    boleh bagi contoh x???

    CENDAWAN GORENG SALUT TEPUNG…FUHYO SODAP

Tinggalkan komen