Ternak ikan tangki di Rhu 10

TEKNOLOGI TERKINI: Projek ternakan ikan kerapu menggunakan sistem ‘flow through’ di Kampung Rhu 10, Setiu, Terengganu.

Projek agrotani Trg Sukran dengan kerjasama TADC dan Permint beri peluang pekerjaan, tingkat pendapatan penduduk

KUALA TERENGGANU: Siapa kata kerja menternak tidak boleh mendatangkan hasil lumayan? Pandangan sinis bahawa bidang agrotani tidak akan membawa seseorang itu ke mana-mana sudah semakin lapuk dan tidak boleh lagi diguna pakai kini.

Dalam era serba moden dan berteknologi tinggi yang turut memberi tempias kepada sektor pertanian, penternakan dan nelayan, kini semakin ramai golongan itu boleh tersenyum bangga dan menikmati hidup lebih selesa dengan pendapatan bulanan setaraf ketua pegawai eksekutif syarikat.

Malah, golongan miskin dan hidup susah sebelum ini juga sudah mampu berkereta mewah, memiliki rumah besar yang lebih selesa, malah ada antara mereka yang berjaya menghantar anak belajar ke luar negara dengan hasil titik peluh sebagai petani dan penternak.

Dalam dunia yang semakin kurang menggunakan tenaga kerja manusia, lebih bergantung kepada mesin dan jentera berteknologi tinggi, selain pelbagai prasarana moden yang memudahkan lagi proses kerja, bidang agrotani kini semakin berkembang maju selaras dengan matlamat kerajaan memartabatkan industri asas tani ke tahap lebih tinggi.

Projek ternakan ikan kerapu menggunakan sistem ‘flow through’ di Kampung Rhu 10, Setiu yang dijalankan pengusaha Trg Sukran Hatchery Sdn Bhd (Trg Sukran) dengan kerjasama Terengganu Agriculture Development Corporation Sdn Bhd (TADC) serta Perbadanan Memajukan Iktisad Terengganu (Permint) menjadi satu contoh bidang penternakan semakin diberi keutamaan dan perhatian di negeri ini.

Ketua Pegawai Operasi Trg Sukran, Paul Mak, berkata projek yang bermula dengan 72 tangki ternakan yang mengepam dan mengalirkan air laut terus ke dalam kolam takungan itu menternak dua jenis kerapu iaitu kerapu harimau dan kerapu tikus yang bukan saja untuk pasaran tempatan, malah dieksport.

Beliau berkata, selain 72 kolam ternakan itu, pihaknya menempatkan enam kolam rawatan dan nurseri untuk ikan yang menjalani proses tumbesaran selain merawat ikan yang sakit supaya tidak bercampur dengan ikan lain sekali gus menyebabkan risiko jangkitan kepada ikan sihat.

Katanya, ikan sakit ditempatkan dalam tangki rawatan air laut bercampur ubatan yang berfungsi untuk memulihkan ikan sebelum boleh dijual di pasaran, bagi menjamin mutu dan kualiti ikan mendapat permintaan tinggi di negara luar terutama Hong Kong.

Dengan menggunakan 10 tenaga kerja tempatan yang setiap seorang mempunyai tugasan sendiri, Trg Sukran Rhu 10 yang menjadi tempat pusat pertumbuhan dan pembiakan ikan itu setakat ini sudah menghasilkan dua tan ikan untuk pasaran tempatan dan eksport.

“Dua jenis kerapu utama yang diternak di sini ialah kerapu harimau dan kerapu tikus yang diletakkan dalam kolam gentian yang putaran airnya ditukar sebanyak tiga kali sehari dan setiap ekor ikan ini dijual di pasaran tempatan dan Hong Kong pada harga mencecah RM30 hingga RM35 seekor.

“Usaha kerajaan negeri dan agensi berkaitan mengetengahkan konsep sebegini dalam penternakan ikan sangat baik kerana ia bukan saja dapat membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi rakyat tempatan, malah meningkatkan pendapatan dan pengeluaran negara,” katanya.

Beliau berkata, projek itu yang dirangka untuk membantu rakyat miskin meningkatkan pendapatan dan ekonomi keluarga sangat berkesan dan setakat ini dianggarkan dua tan tuaian sudah dibuat dengan 16 peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dilantik dengan pendapatan sebanyak lebih RM500 sebulan sebagai pendapatan sampingan.

Menerangkan lebih lanjut proses penternakan ikan kerapu menggunakan sistem ‘flow through’ itu, beliau berkata benih ikan dari Indonesia yang dibeli dan dibawa masuk oleh TADC akan ditempatkan di Terengganu Marine Culture Centre (TMC) di Tanjung Demong, Besut sebelum dibawa ke Pusat Pertumbuhan Trg Sukran di Rhu 10.

Paul berkata, peringkat pertama ini adalah yang paling mustahak kerana ia permulaan untuk penetasan telur ikan sehinggalah ia membiak menjadi ikan bersaiz lima sentimeter (sm), sebelum dibawa ke Trg Sukran untuk dibiakkan sehingga sebesar 10 sm atau 550 gram, iaitu saiz yang menepati permintaan pasaran tempatan dan Hong Kong.

“Apabila saiz ikan sudah cukup besar barulah ia sedia untuk dijual. Jika di Malaysia ikan tilapia dan siakap sering menjadi pilihan ramai, di Hong Kong pula ikan kerapu menjadi menu pilihan utama terutama di rangkaian restoran terkemuka di negara itu.

“Daripada dua jenis kerapu itu (kerapu harimau dan tikus), kerapu tikus lebih diminati masyarakat di sana kerana rasanya yang lebih enak. Malah, nilai kerapu tikus juga jauh lebih tinggi daripada kerapu harimau. Salah satu sebab ia dijual pada harga mahal ialah kerana kerapu tikus mengambil masa lebih lama untuk membesar berbanding kerapu harimau,” katanya.

Beliau berkata, untuk bulan lalu saja, Trg Sukran sudah mengeksport bekalan lebih satu tan ikan kerapu ke pasaran Hong Kong dan permintaannya terus meningkat setiap bulan.

Mengulas cabaran dan risiko menjalankan projek ternakan ikan kerapu di dalam tangki, Paul berkata, air laut yang disalurkan ke dalam kolam harus dipastikan berada dalam gizi sesuai bagi memastikan ikan membesar di dalam air laut yang bersih dan tidak tercemar.

Katanya, pihaknya menghadapi kesukaran untuk menyalurkan air laut bersih pada musim tengkujuh kerana ketika itu air laut mudah bercampur pasir dan air limpahan sungai yang agak kotor, sekali gus dikhuatiri akan menjejaskan proses tumbesaran dan kualiti ikan yang akan dijual.

“Air yang disalirkan ke dalam tangki ternakan kebiasaannya diambil dari gigi laut hingga 400 meter ke arah laut. Air laut ini akan ditukar sebanyak tiga kali sehari bagi memastikan tahap semula jadi. Proses kitaran air ini dibuat bagi memastikan kesegaran air yang akan membantu pembiakan ikan dengan sempurna,” katanya.

FAKTA NOMBOR: Projek agrotani Trg Sukran

# RM500 sebulan – Pendapatan sampingan peserta PPRT

# 550 gram – Berat ikan yang dipasarkan.

14 thoughts on “Ternak ikan tangki di Rhu 10

  1. Boleh saya tau buyer di Hong Kong untuk kerapu harimau dan tikus. Bekalan boleh disediakan 20 ton sebulan.

  2. Saya mempunyai sangkar menternak ikan kerapu harimau sebyak 40 sangkar yg bersaiz 20’20, tetapi masalah saya sekarang ini ialah saya tidak mempunyai pembeli, sekiranya pihak Rhu 10 mempunyai buyer atau alamat buyer hong kong bolehlah kongsi dengan kami. Terima kasih.

  3. saya memerlukan anak benih kerapu bersaiz 1 inci, keutamaam jika ada kerapu harimau. ini adalah bertujuan untuk digunakan dalam projek saya.harap pihak yang berkenaan dapat memberi maklum balas kepada saya dalam tempoh sebulan ini.terima kasih

  4. saya berminat untuk menjalankan projek menternak kerapu kolam.berapa jumlah modal yang harus di sediakan serta bagaimana caranya untuk mendapatkan benih,pasaran dan info tentang kerapu darat.Utk perhatian kedudukan tanak saya berhadapan dengan pantai di terengganu seluas 1.5 ekar. terima kasih

    • saya sedang mencari tapak tanah yang berkeluasan 100 ekar samaada utk dijual atau di pajak utk penternakan ikan kerapu…pada sesiapa yg ada mklumat ttg nie sila hubungi saya 019-3301107

      terima kasi..

  5. saya ada induk kerapu harimau, kepada sesiapa hendakkan telor kerapu harimau boleh tel: 013-9301296 saufi. saya juga dalam proses menghasilkan/ mengeluarkan benih kerapu harimau 1 inci

    • Anda boleh menghubungi saya 017-2473640 (azhari) untuk bekalan benih kerapu harimau saiz 3~4inci.

      Berapa kuantiti?
      Lokasi pengantaran?

  6. Kepada sesiapa yang berminat untuk ternakan ikan kerapu? Kami sedia membekalkan benih ikan kerapu harimau dan kerapu tikus saiz sehingga 3-4inci.

    Benih kerapu Harimau
    (Ephinephelus fuscoguttatus)
    Treated with pellet & trash fish)
    Minimum order: 10,000pcs
    Kami boleh menghantar terus ke tempat anda.
    Harga : 3~4inci =RM 3.30~3.90./pcs

    Hubungi saya: 017-2473640 atau email:sales@lantas.com.my

  7. ikan kerapu untuk DIJUAL

    0.8-1.5 kg seekor RM34/kg
    1.5-2.5kg seekor RM32/kg

    harga bolh runding dan di setiu, tergganu. 019-5144239

Tinggalkan komen