Sekilas arowana Bukit Merah

ag_0114

ikan arowana yang baru menetas dan hanya memakan kuning telur.


TERNAKAN ikan arowana merupakan industri ikan hiasan yang semakin berkembang pesat di sekitar kawasan Bukit Merah, Perak.

Terdapat banyak syarikat yang mula berjinak-jinak menternak arowana – antara ikan hiasan paling mahal di dunia.

Antara sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan operasi menternak dan membiak ikan arowana adalah M U Arowana Aquaculture berhampiran Bukit Merah, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sahibol Anwar Arba’e berkata semuanya bermula dengan minat terhadap ikan hiasan paling mahal di dunia itu.

“Ketika itu saya mula membeli ikan arowana gold dengan harga RM2,000 seekor dan selepas beberapa bulan nilainya meningkat sehingga RM7,000 seekor.

“Pada masa itu saya menyedari ternakan ikan hiasan arowana berpotensi besar untuk dimajukan selain menguntungkan,” katanya yang sebelum ini banyak menceburkan diri dalam perlbagai jenis perniagaan.

Mengkaji mengenai habitat arowana pada awal 2006, Sahibol memulakan projek ternakan dengan membina lapan buah kolam dengan keluasan 20 kaki x 50 kaki.

Pada pertengahan tahun yang sama, beliau mula mengisi setiap kolam dengan enam ekor ikan jantan dan 10 betina.

Ikan arowana bertelur setahun sekali selepas usia matang biasanya antara dua hingga tiga tahun dan semasa proses berkenaan ikan akan berpasangan sehingga masa mengeluarkan telur dan sperma.

Telur yang telah disenyawakan akan dikutip oleh ikan jantan yang akan mengeram selama dua bulan di dalam mulut sebelum diluahkan apabila anak-anak mula berenang sendiri.

“Dalam tempoh berkenaan, ikan jantan akan ‘berpuasa’ sehingga anak-anak dilepaskan pada tempat-tempat berlainan bagi mengurangkan risiko pemangsa,” katanya.

Bagaimanapun bagi tujuan komersial, mulut ikan akan diperiksa setiap dua bulan bagi mengeluarkan anak-anak dan diletakkan di dalam inkubator yang lebih kurang sama keadaannya seperti dalam mulut induk.

Biasanya induk jantan boleh menjaga antara 20 hingga 60 ekor anak di dalam mulutnya pada satu-satu masa.

Sahibol berkata, bagi pasaran tempatan anak-anak ikan yang boleh berenang sudah boleh dijual.

M U Arowana Aquaculture memberikan penekanan dalam menternak tiga jenis arowana iaitu Malaysia gold arowana, red arowana dari Kalimantan dan Indonesia gold.

Harga seekor anak ikan arowana bersaiz tiga inci iaitu Malaysia red gold adalah RM1,600 hingga RM2,000, red arowana RM1,200 hingga RM1,500 dan Indonesia gold adalah RM500.

Harga seekor induk matang boleh mencapai sehingga puluhan ribu ringgit.

Menyentuh mengenai aspek pemakanan, Sahibol berkata, arowana memakan anak ikan seluang selain makanan tambahan seperti udang, cengkerik, katak dan lipan dua kali sehari.

“Ikan arowana sebenarnya tidak sukar dijaga tetapi disebabkan harganya yang mahal, ramai yang menyangka ia memerlukan penjagaan yang rapi,” katanya.

“Ikan arowana amat unik dibanding dengan ikan-ikan hiasan lain kerana ia membiak secara semula jadi dan tidak memerlukan bantuan manusia seperti teknik aruhan.

“Malah ikan arowana adalah haiwan akuatik yang dilindungi kerana mengalami ancaman kepupusan,” katanya.

Sehingga kini M U Arowana Aquaculture beroperasi di atas tanah seluas 5.2 hektar (13 ekar) yang menempatkan 99 buah kolam.

Sahibol berkata, pihaknya mensasarkan untuk membina 100 kolam lagi pada tahun ini.

“Kami juga menitikberatkan masalah keselamatan dan penyelenggaraan dengan pemantauan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

“Ini bukan saja untuk tujuan keselamatan kerana harga ikan yang mahal tetapi bagi memastikan keselesaan ikan jika bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba,” katanya.

Apa yang lebih menarik M U Arowana Aquaculture juga menawarkan skim perkongsian keuntungan bagi peminat ikan arowana yang mempunyai modal tetapi kurang pengetahuan.

“Di sini, mereka boleh melabur selama lima tahun dengan membeli ikan induk untuk satu kolam dan kami akan menjalankan segala tugas penyelenggaraan dan pengurusan.

“Keuntungan yang diperoleh akan dibahagi dua antara pelabur dan pengusaha sehingga tamat tempoh kontrak,” katanya.

Bercerita mengenai arowana, kata Sahibol, ikan ini hanya bertelur setahun sekali dan tiada masalah bekalan berlebihan dan harganya tidak pernah jatuh.

Memandangkan permintaan yang tinggi dari negara-negara seperti Jepun, China, Taiwan, Kanada, Hong Kong, Eropah dan India, pengeksport perlu mendapat kelulusan Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) yang diluluskan oleh 72 negara.

Di bawah CITES, ikan arowana disenaraikan sebagai ikan yang dilindungi berkelas tinggi dan perlu ditanam cip di bawah kulit untuk tujuan eksport bagi pengenalan.

Sahibol berkata, kajian menunjukkan arowana adalah spesies ikan yang primitif dari zaman Jurassic.

Fosilnya membuktikan ikan berkenaan tahan lasak sehingga boleh hidup dengan baik sehingga ke hari ini.

54 thoughts on “Sekilas arowana Bukit Merah

  1. me too…berbangga dgn hasil serta kejayaan yg ditunjukkan anak jati Kg Padang Lalang..hidup Abg Awai ngan Abg.Fadil…Perak no 1..:)p

    • beli satu pun ada yang jual..cuma kena tgk jenis, usia dan saiz ikan baru tahu sesuai dgn bajet atau tidak..kelisa apa yang anda berminat?

  2. ade x yg murah2 sket?? harga bole runding lg x?? aquarium da ade ni… tp tgh survey harga anak ikan ni…please call me.. 0137139317.

  3. assalamualikum

    saya berminat menternak ikan arowana.boleh buat krusus cara menternak atau membuat benih.sekian terima kasih.

  4. berapa harga seekor ikan ye?saya minat melabur..bagi harga semua jenis ikan arowana di email sy @ di telefon sy ye 0172554898..insya allah saya nk join melabur skali nie..

  5. Salam..saya berminat utk melabur.sila beri syarat2nya dan berapakah yg perlu dilaburkan?sila hubungi melalui email atau talipon 012-6753356…terima kasih..

  6. salam.saya berminat utk melabur.dan minat ngan ikan arowana gold. tapi mcm mana cara nak melabur dan berapakah yang perlu saya laburkan? contact saya 0173208513 or by my email orait….

  7. Saya melihat satu fiksyen majalah terbitan tV3 tidak berapa lama dahulu. ternak ikan hiasan ini sememangnya seronok bahkan boleh membawa keuntungan pulak tu. macam mana kalau kita nak tumpang sekaki nak buat pelaburan di syarikat yang sedia ada berapa kos dan apa lagi syarat-syaratnya yang perlu?.

    TQ

  8. Saya begitu tertarik dengan potensi perternakan ikan ni. saya berminat dengan konsep perkongsian untung yang dilaksanakan. sekiranya saya ingin turut serta bagaimana dengan prosedur dan jumlah modal yang perlu?

  9. Soalan saya seperti:9(azaihar 10(fauzi)/11(kuismail)/12(hasby)>inshaallah modal ada tapi cara kembangkan tak ada>no h/p:0124697535

  10. nama Haszahdi Bin Hassan, saya berminat dengan bisnes ini…
    tolong beri INFO PENUH..
    MODAL..PERJANJIAN…pulangan
    no, HP : 0125330016

  11. salam.
    sy berminat utk mengetahui lbh lanjut mengenai pelaburan n cara2 menternak ikan ni.
    blh sy dptkan maklumat lbh lanjut n secara detail.hntarkn kat e-mail sy.
    terima kasih

  12. Saya berminat,dgn ternakan ikan kelisa.
    blh bagi maklunat lanjut mengenai pelaburan & pembelian anak ikan arowana merah.
    012 3019723

    • saudara nazli boleh hubungi saya di talian 017-5767147 atau boleh datang melawat tapak kolam di bukit merah untuk mengetahui maklumat lanjut tentang ikan kelisa.

  13. sy btl2 berminat utk bela ikan kelisa,tp hanya dlm akutium je la n dah 2 kali mcuba tp kedua2 gagal,harap2 dgn info yg ada blh membantu sy utk kali ini.sy nk tahu blh kah ikan kelisa d bela 2 ekor serentak dlm satu aqurium ? ( jatan n betina ).sy keliru dgn jenis ikan kelisa skrg ni emas,merah,hiback.mg,rtial dan bermcm2 lg.klu dlm 1k jenis mana sy blh dpt ? perlu bantuan rakan2……

  14. Assalamualaikum.
    Saya pelajar agriculture engineering.
    Tahun ni saya praktikal. Boleh tak saya nak praktikal di syarikat encik. Saya amat berminat pada ikan hiasan.

  15. i am one of the owner of arowana breeding farm at bukit merah. specialising in breeding and hatching various kind of arowana. had wide experiences in arowana breeding and had been employed by MU Arowana for almost 9 years as technical director.i am currently searching for interested investors to fill up another newly open farm.any inquiries do feel free to call me, 017-5767147. or email me at cumijaf@yahoo.com or leave a message via facebook, azmi yusuf.

  16. saya dah servey presedur wat loan.
    cuma bank x bgtahu bape saya leh pinjam klu gaji saya hanya 2500(kerja kat company public listed)
    ada idea x atau khidmat nasihat.
    masalhnya.
    1 kolam modal tingi tp mcmne nk wat klu dapat pinjam ciput je.hahahha
    x pe.ti saya turun bkt merah.. mane2 agen yg rasa saya ada potensi jadik pelabur leh contact. arbak-0173652374
    skg saya independence & lom ada comitmen pd mana2 agrement kat company c 2

    • xsemestinya satu kolam satu investor.ada je yg share dgn kawan2 1kolam dlm 5 org investor. datanglah round2 bukit merah check farm yg ada.bnyak farm yg ada so terserahlah nak melabur ke tidak.

  17. ikan kelisa pun ade ke..ingatkan kereta kelisa je ade..hehehe..x tau pun jenis2 ikan ni..tp skg ade hati n keinginan nak bela ikan perhiasan kat umah..

  18. berapa harga anak m/gold. mana&bila boleh dpt.
    kalau bela sikit2 boleh jual pd siapa? kalu 2 tahun gold/ highback berapa agaknya?

  19. Salam..
    Skim Perkongsian Keuntungan…nampak cam menarik..dan memang saya berminat utk mengetahui…boleh tlg explain..??

  20. saya teringan sangat nak tau dan melihat dengan lebih dekat mungkin pada minggu depan saya akan turun ke bukit merah bolehkah awak mebawa saya melawat kawasan perternakan ikan kelisa ini

  21. Salam tuan.

    Mohon dapat maklumat penuh bagaimana untuk turut serta dalam usahama rakan kongsi/pawah. Berapakah modal minima ,tempoh kontrak dll. Saya berminat dengan projek ini .T/kasih

  22. congrats to all of u…
    im proud of u… keep it d good work…
    …sekarang kat bukit merah esp kat padang lalang dah x nampak org buat sawah…sawah penuh dengan pond arowana je..baru2 ni blk kg..wah.. tkejut giler tgk ke kiri kanan umah ayah saya (pak tam Ari) dah x sawah.btw…saya happy sgt tgk kg saya dah maju ckt tapi cuma lack… jalan masuk je lah.. ya rabbi…tlg le usahakan bagi jalan tu ok ckt…

    • salam..harga anak ikan mg sekarang rm2300 seekor, rtg rm660 seekor..sekiranya berminat bolehlah call saya azmi, 0175767147

  23. hb sekarang dalam rm 650, hb quality dalam rm 800. kalau berminat bolehlah call saya azmi yusuf 0175767147. kalau berminat bolehlag datang farm tgk2. tapi anak ikan sekarang xbanyak..kena booking dulu.

  24. Salam…,
    Saya ada sebidang tanah seluas 1 ekar… berapa kolam bleh saya dpt dgn keluasan yg terhad itu…? M U Arowana taknak JV ke dgn saya n buka branch di lembah kelang…?

    Terima kasih

  25. Assalamualaikum wbkt,

    En Azmi,

    Saya dari Sarawak dan salah seorang peminat ikan Arowana, sekarang saya ada seekor super red dan seekor chilli red, ingat nak tambah lagi dengan yang Gold, so insyaallah saya akan ada d Bukit Merah pada 26 Nov ni dan kalau ada masa saya nak survey sendiri kat tempat anda.Nak tanya la macam mana nak bawa balik ke Sarawak, dulu saya pernah nak bawa dan dimaklumkan kena isi borang di Jab Perikanan kat KLIA,so nak minta la sedikit tips atau bantuan lah menguruskan perkara ini. Thanks

  26. Assalamualaikum tuan.. Sy berminat untuk melabur dlm industri ini..boleh whatapp sy detail, tuan.. no whatapp 01116932403.

  27. Nama saya safuan dari Johor Bahru. Saya nak cari anak arowana blood red/ Chilli Red… Kalau ada tolong call saya yea.
    Terima Kasih…

Tinggalkan komen